REFLEKSI WEEK 6

~Nurul Natasha Etrizal 2015182767~
18 Oktober 2016
Pada hari ini saya telah mempelajari :.
  • Masyarakat di Kepulauan Melayu adalah satu-satunya masyarakat atau kawasan yang menerima islam secara lembut berbanding dengan negara islam lain yang tersebar melalui jihad sama ada oleh Rasullullah SAW, para sahabat baginda atau yang seterusnya.
  • Puncak pluraliti pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah dengan tersebarnya agama islam. Hal ini kerana sifat islam yang todak memaksa dan keterbukaan islam itu sendiri terhadap semua tanpa mengira taraf lapisan masyarakat.
  • Kita telah dijajah selama 446 tahun dan pengaruh yang paling besar ditinggalkan adalah oleh pihak British berikutan fahaman sedia ada pada masa itu yang berbeza dengan dasar baharu yang dibawanya.
  • British membawa masuk pelbagai aspek seperti sekulerisme, vernakular, materialistik, serta kapitalis yang mengasingkan islam dengan kehidupan seharian berikutan fahaman mereka yang membezakan agama dengan kehidupan.
Maka saya berazam untuk:
  • Mendalami sedikit sebanyak sejarah Kepulauan Melayu yang menarik dan agung.
  • Mendalami islam berkaitan dengan asal usul melayi yang semakin pudar malahan semakin hilang tanpa berita.
  • Mengambil tahu sejarah penjajahan kerana sejarah yang dilupakan bakal berulang.
  • Tidak terkeliru dengan dasar yang dibawa British dan mengabaikan islam yang sepatutnya ada dalam setiao detik kehidupan.
~Nurul Natasha Etrizal 2015182767~
~Izni Najwa Abd Razak 2015139945~

Pada hari ini saya telah mempelajari tentang:
  • bagaimana masyarakat melayu memeluk Islam, fasa penjajahan serta kesan penjajahan dari pelbagai aspek. 
  • Selain itu, saya juga telah mempelajari mengenai konsep Ihsan dan juga Tasawuf. Di mana, Tasawuf merupakan konsep penyucian hati dengan meyakini bahawa Allah melihat segala perbuatan kita dan kita mestilah melalukan sesuatu perkara atau amalam baik dengan seikhlas hati. 
  • Saya juga mempelajari yang  Tanah Melayu telah dijajah selama 446 tahun dan dalam tempoh tersebut tiada yang murtad. Saya amat kagum dengan kemantapan akidah masyrakat pada ketika itu.
Maka, saya berazam untuk lebih mendalami dan memahami mengenai konsep Tasawuf dan Ihsan dalam diri supaya sentiasa ikhlas dan yakin dalam menunaikan ibadah kepada Allah.

~Izni Najwa Abd Razak 2015139945~
~Anis Asyikin binti Alias 2015149451~
Pada hari in saya telah mempelajari tentang:
  • Tanah Melayu adalah antara kawasan terawal yang menerima Islam.
  • Tanah Melayu menerima Islam dengan cara yang lembut tanpa peperangan.
  • Sultan memainkan peranan dalam mempengaruhi rakyat untuk mendekati agama suci, Islam
Maka dengan ini saya berazam untuk mendalam Islam kerana berasa amat bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam dan sentiasa beristiqamah dalam ibadah.
~Anis Asyikin Alias 2015149451~
~Intan Syahirah Shahrudin 2015149031~
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang :
  • walaupun negara telah dijajah beratus tahun selama 446 tahun, tetapi selama dijajah itu, tiada pun isu sesorang itu murtad timbul.
  • ini disebabkan kukuhnya ibadah dan ilmu yang ada didalam diri masing-masing iaitu ilmu tasawuf
  • ilmu tasawuf itu adalah ilmu bagaimana hendak membersihkan atau memurnukan roh (hati) atau nafsu agar dari dorongan hati yang bersih itu dapat membersihkan pula anggota yang lahir daripada kemungkaran dan kesalahan.
Maka dengan itu, saya berazam untuk :
  • lebih mempelajari tentang ilmu tasawuf ini sehingga berjaya membersihkan hati supaya waktu itu yang hanya kita miliki adalah sifat sifat mahmudah dalam diri.
  • menjauhkan diri daraipada melakukan kemungkaran yang kemudiannya pada suatu hari nanti akan menyesalkan diri sendiri dan menyusahkan diri serta orang lain.
~Intan Syahirah Shahrudin 2015149031~
~Nurul Atikah Bt Yazid 2015135375~
Pada hari ini, saya telah mempelari tentang :
  • bagaimana Islam datang ke Tanah Melayu buat pertama kali, era penjajahan dan kesan yang berlaku akibat penjajahan tersebut.
  • betapa hebatnya orang Melayu pada waktu itu kerana tiada seorang Melayu yang murtad semasa era penjajahan yang berlangsung selama 446 tahun.
  • betapa kuatnya orang Melayu zaman dahulu untuk mempertahankan dan berdiri teguh atas agama Allah.
  • saya berasa kagum mengetahui sejarah orang Melayu dan membuatkan saya sendiri bangga sebagai orang Melayu.
Maka dengan berazam untuk :
  • mendalami dan menteladani sejarah orang Melayu agar saya boleh menjadi orang Melayu beragama Islam yang tetap teguh dengan pendirian saya.
  • tidak pernah lupa akan asal usul saya sebagai orang Melayu dan berbangga akannya.
~Nurul Atikah Bt Yazid 2015135375~
~Nur Syahirah Hassan 2015115685~
Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai perkara 3. Perkara 3 adalah berkaitan tentang Islam dan agama. Antaranya ialah agama Islam adalah agama persekutuan, menubuhkan, menyelenggara, membantu penubuhan institusi Islam, mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan serta melaksanakan ajaran Islam. Selain itu, terdapat juga perkara-perkara yang dapat dipertimbangkan dalam perkara 3 iaitu dibenarkan mengurus agama masing-masing serta berhak menubuhkan dan menyelenggara institusi bagi maksud agama dan khairat bagi bukan Islam. Saya juga telah mempelajari tentang hak melayu dalam perlembagaan yang tercatat dalam perkara 153. Terdapat juga pelbagai proses dalam mewartakan undang-undang di Malaysia iaitu dari kementerian mengubal rang undang-undang dibawa ke dewan rakyat seterusnya ke dewan negara kemudian yang dipertuan agong dan diwartakan. Saya juga belajar tentang Piagam Madinah yang diwujudkan oleh Nabi Muhammad saw yangg ternyata berkesan dalam menyatukan semua penduduk dari pelbagai kaum dan membentuk sebuah negara yang berjaya.

~Nur Syahirah Hassan 2015115685~
~Supizah Bt Samsuddin 2015154415~
Pada hari ini saya telah mempelajari :
  • ·         Kerajaan Islam Pasai ialah yang pertama Islam di nusantara
  • ·         Islam ialah agama yang tidak memaksa
  • ·         Kita dijajah selama 446 tahun daripada pelbagai penjajah sebagai contoh Portugis, Belanda dan British.


Maka dengan itu saya berazam untuk mempelajari lebih banyak sejarah Islam dan Malaysia supaya dapat menambah ilmu pengetahuan agar kesilapan masa silam seperti dijajah tidak akan berulang lagi.
~Supizah Bt Samsuddin 2015154415~

No comments:

Post a Comment

Grey Spinning Heart Within A Heart