REFLEKSI WEEK 9

~Nurul Natasha Etrizal 2015182767~
1

Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa:
1.       Pemilikan ekuiti bumi putera sehingga kini tidak mencapai 30% daripada keseluruhan.
2.       Terdapat pelbagai masalah ekonomi yang perlu ditangani dengan kadar segera dan secara bersama.
3.       Rakyat perlu berilmu bagi menjaga kesejahteraan politik.
4.       Malaysia ialah sebuah negara demokrasi

Maka saya berazam bahawa:
Saya kaan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai 30% pemilikan ekuiti bumi oleh bumiputera dan seterusnya membantu menangani permasalahan ekonomi kini dengan lebih bijak pada masa kana datang. Saya turut mahu menuntut ilmu pengetahuan berkaitan dengan politik negara agar pada masa akan datang, politik negara akan lebih lancar dan teratur serta memanfaatkan kuasa rakyat sebagai kuasa terbesar dalam system negara demokrasi.
~Nurul Natasha Etrizal 2015182767~
~Izni Najwa Abd Razak 2015139945~
Pada hari ini saya telah mempelajari yang rakyat memainkan peranan penting dalam menjaga kestabilan politik negara. Sebagai rakyat kita mestilah mengambil bahagian di dalam pilihan raya dan memilih parti yang benar-benar layak dengan mencari maklumat-maklumat dan mengkaji terlebih dahulu supaya tidak salah dalam membuat pilihan.

Maka dengan itu saya berazam untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat dengan baik dan akan mengkaji terlebih dahulu sebelum mengundi ataupun menyokong mana-mana parti supaya keharmonian negara terjamin pada masa akan datang.
~Izni Najwa Abd Razak 2015139945~
~Anis Asyikin binti Alias 2015149451~
Pada hari in saya telah mempelajari tentang:
  • 9 cabaran sebelum ke arah negara maju iaitu Wawasan 2020
  • Peranan pemimpin untuk mencegah sebarang transaksi dan aktiviti yang berunsurkan syubhah, gharar dan riba.
  • Peranan rakyat dalam menjamin kestabilan politik dengan mengambil bahagian dalam mengundi dan mengundi pemimpin yang bertanggungjawab dan berkaliber.
Maka dengan itu saya berazam untuk mempertingkatkan ilmu dalam diri supaya sedikit sebanyak dapat mendororong negara kita ke arah negara maju iaitu Wawasan 2020. Selain itu, mengkaji tentang latar belakang pemimpin sebelum mengundi agar dapat memilih pemimpin yang bertanggungjawab dalam mentadbir rakyat.
~Anis Asyikin Alias 2015149451~
~Intan Syahirah Shahrudin 2015149031~
Pada hari ini, apa yang telah saya belajar ialah peranan kita sebagai masyarakat dalam menjaga kestabilan politik. Kita sepatutnya mengambil bahagian dalam setiap pilihan raya apabila kita cukup ciri untuk manjadi pengundi. Selain itu, kita sebagai warganegara yang berwawasan, tidak boleh  sekali kali memburukkan mana mana parti politik walau macam mana kita tidak suka kepada parti tersebut. Di samping itu juga, kita perlu memilih parti politik yang betul betul benar dan layak untuk memimpin.
Maka dengan itu, saya berazam untuk mengundi apabila pilihan raya dating dan membuat analisa dahulu parti mana yang sesuai untuk dipilih. Kerana satu undian itu amat berharga dalam menentukan kehidupan kita kelak.
~Intan Syahirah Shahrudin 2015149031~
~Nurul Atikah Bt Yazid 2015135375~
Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang :
  • pentingnya kita untuk menjalankan tugas sebagai pengundi untuk pilihan raya.
  • ini untuk menentukan masa depan negara di mana siapakah yang akan memimpin negara kita agar terus maju dan mencapai wawasan 2020.
  • kita juga harus selidik terlebih dahulu parti politik mana yang mempunyai integriti dan komitmen untuk memimpin negara sebelum membuat konklusi berdasarkan buah mulut orang.
Maka dengan itu saya berazam untuk :
  • mengundi pada pilihan raya tahun hadapan.
  • memilih parti yang mampu membawa negara kita maju menuju wawasan 2020 selepas menyelidik secara teliti.
~Nur Syahirah Hassan 2015115685~
Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai politik di Malaysia, perkaitan antara politik dengan ekonomi dan konsep negara bangsa. Bukan itu saja, saya juga belajar mengenai sistem demokrasi di Malaysia dan raja berperlembagaan. Tanggungjawab pemimpin pada zaman Rasulullah juga dikemukakan dalam bab ini disamping belajar mengenai politik dalam Islam iaitu cara memilih pemimpin. Matlamat politik Islam ialah, mendidik manusia mengenal Allah, mengajar manusia melaksanakan ibadah dengan baik, menunaikan amanah dengan menegakkan syariah serta membangun dan memakmur bumi. Nilai utama pilitik oleh Rasulullah pula ialah sistem tauhid dalam politik, strategi politik berdasarkan iman serta mengamalkan konsep tabayyun(teliti). Akhir sekali, saya belajar mengenai parti-parti politik yang ada di Malaysia dari segi fungsi dan tujuan. 
~Nur Syahirah Hassan 2015115685~
~Supizah Bt Samsuddin 2015154415~
Pada hari ini saya telah mempelajari :
  • ·         Sesiapa yang hendak bahagi diakhirat hendaklah bahagia didunia.
  • ·         Setiap orang yang layak mengundi mestilah keluar mengundi untuk melaksanakan tugas sebagai seorang rakyat.


Maka dengan itu saya berazam untuk keluar mengundi pada pilihan raya kelak dan saya akan mengajak rakan rakan yang lain untuk keluar mengundi bersama sama. Selain itu, saya sedaya untuk tidak memburukkan mana mana parti politik.
~Supizah Bt Samsuddin 2015154415~

No comments:

Post a Comment

Grey Spinning Heart Within A Heart