REFLEKSI WEEK 7

~Nurul Natasha Etrizal 2015182767~

25 oktober
Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa:
1.       Malayan Union telah disyorkan oleh pihak British pada zaman penjajahannya adalah bagi menghapuskan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
2.       Malayan Union ditentang keras oleh rakyat dan Raja-Raja Melayu sendiri di bawah kepimpinan Dato’ Onn Jaafar
3.       Malayan Union telah membuktikan bahawa betapa kesatuan dan semangat bangsa itu mampu mematahkan arahan kuasa besar seperti British.
4.       Malayan Union terpaksa digantikan oleh British dengan Persekutuan Tanah Melayu berikutan tentangan hebat oleh orang melayu dan Raja-Raja Melayu yang diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar semasa pengisytiharaan Malayan Union.
5.       Persekutuan Tanah Melayu dimerdekakan berikutan semangat kesatuan antara kaum yang dibina pada masa itu serta kebijaksanaan rundingan oleh pimpinan pada masa itu.
Maka saya berazam untuk :
1.       Mempelajari dan mengambil tahu lebih lagi berkaitan dengan sejarah negara yang banyak perkara menarik yang boleh dijadikan teladan, ikhtibar, pengajaran dan pembelajaran bagi mengharungi kehidupan yang akan datang.

2.       Berusaha untuk mengerat dan memperkukuhkan lagi hubungan antara kaum di Malaysia kerana kini hubungan yang dahulunya erat berikutan generasi selepas merdeka semakin renggang kerana kurangnya kesedaran patriotism dalam diri generasi muda yang lebih mementingkan materialistic benbanding dengan kesatuan sejagat.
~Nurul Natasha Etrizal 2015182767~
~Izni Najwa Abd Razak 2015139945~
Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai:
  • perlembagaan di Malaysia yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia 
  • sejarah Malayan Union iaitu di mana pelbagai cara dilakukan oleh masyarakat tanah melayu ketika itu bagi menentang Malayan Union
  • Kekuatan dan semangat masyarakat Tanah Melayu untuk menentang British bagi menuntut kebebasan
  • sikap bersatu-padu masyarakat melayu dan pemimpin bagi memastikan keamanan negara terjamin
Maka dengan itu saya berazam untuk:
  • mengambil iktibar daripada sejarah penjajahan tanah melayu
  • mempertahankan negara daripada dijajah dari segi pelbagai aspek demi keharmonian negara
  • menjalankan tanggungjawab sebagai masyarakat Malaysia dengan baik
~Izni Najwa Abd Razak 2015139945~
~Anis Asyikin binti Alias 2015149451~
Pada hari in saya telah mempelajari tentang:
  • Pentingnya Perlembagaan Persekutuan di negara kita terutama sekali Perkara 3, Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 38.
  • Kegigihan pemimpin dahulu dalam menutut kemerdekaan Tanah Melayu.
  • Cara pemipin dahulu berkerjasama dalam menentang penjajah.
  • Kepimpinan Nabi Muhammad dalam memimpin Madinah.
Maka dengan itu saya berazam untuk mengambil pengajaran daripada sejarah penjajahan tanah melayu dengan menghargai kepimpinan pemimpin pemimpin terdahulu. Menjadikan Nabi Muhammad sebagai "role model' pemimpin yang terbaik.
~Anis Asyikin Alias 2015149451~
~Intan Syahirah Shahrudin 2015149031~
Pada hari ini apa yang telah saya belajarialah tentang konsep kesamarataan anatra semua orang tidak kira kaum, agama dan bangsa. Kita perlu lah hormat antara satu sama lain, contoh seperti video yang telah kita tonton sebentar tadi, jangan memanggil seseorang dengan pangilan yang tidak baik seperti mengejek agama dan bangsa mereka.
Maka dengan itu, saya berazam untuk sentiasa berpandangan positif pada semua orang dan hanya akan memanggil mereka dengan nama atau panggilan yang baik dan sesuai sahaja
~Intan Syahirah Shahrudin 2015149031~
~Nurul Atikah Bt Yazid 2015135375~
Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang :
  • perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia dan semua orang tertakhluk kepada perlembagaan.
  • YDPA juga harus patuh kepada perlembagaan Malaysia.
  • perlembagaan juga boleh digubal di Dewan Rakyat di mana rakyat berhak bersuara.
  • betapa kuatnya orang melayu untuk menuntut kemerdekaan semasa negara dijajah.
Maka dengan itu saya berazam untuk :
  • lebih peka terhadap isu semasa yang berlaku dalam negara dan tidak ketinggalan dalam hal ehwal negara.
  • prihatin dan ambil berat terhadap negara tercinta.
  • menerapkan semangat patriotik dalam diri, rasa bersyukur dapat hidup dalam negara yang aman dan merdeka.
~Nur Syahirah Hassan 2015115685~
Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai pembangunan ekonomi dari segi konsep pembangunan dari perspektif Islam dan Barat, pemodenan dan pembaratan dan pembangunan ekonomi di Malaysia sebelum dan selepas merdeka. Selain itu, saya juga dapat mengetahui dasar-dasar kerajaan, isu-isu utama dalam ekonomi dan strategi pembangunan ekonomi negara semasa di samping mendapat pendedahan mengenai pendekatan Islam dalam pembangunan ekonomi. Perubahan dianggap baik dari segi material dari perspektif barat. Pembangunan ekonomi terdiri daripada teknologi, pertanian, industrialisasi dan urbanisasi. Pembagunan ekonomi itu diklasifikasikan sebagai berjaya ataupun tidak boleh diukur pencapaian melalui keluaran negara kasar(kuantitatif) dan perubahan sosial(kualitatif).
~Nur Syahirah Hassan 2015115685~
~Supizah Bt Samsuddin 2015154415~
Pada hari ini saya telah mempelajari :
  • ·         Kesan jajahan terhadap hubungan kaum ialah tidak wujud akomodsasi dan mengamalkan dasar berpecah belah
  • ·         Perkara 160 berkenaan tentang melayu mestilah beragama Islam, fasih bahasa melayu dan amalkan adat orang melayu.


Maka dengan itu saya berazam untuk berbuat baik dengan masyarakat supaya kita hidup dalam keadaan yang harmoni sebagai sebuah masyarakat.
~Supizah Bt Samsuddin 2015154415~

No comments:

Post a Comment

Grey Spinning Heart Within A Heart