REFLEKSI WEEK 4

~Nurul Natasha Etrizal 2015182767~
4 Oktober 2016
Pada hari ini saya telah mempelajari :
  • bahawa sifat negatif yang wujud dalam masyarakat seperti prejudis (berpandangan negatif), sterotaip (melabel perkara negatif), dan diskriminasi (menampakkan sehingga kaum lain menyedari kebencian itu) dapat di ubah melalui perkara positif seperti akomodasi (sedar dan hormat), akulturasi (penerimaan agama lain), asimilasi ( mencairkan budaya asal dan meresap ke dalam budaya yang lebih dominan) serta amalgamasi (perkahwinan campur).
  • bahawa syaitan ada masalah dengan mukmin yang dalam hatinya ada Nur Muhammad.
  • sekiranya disampaikan sesuatu berita hendaklah meneliti (menyiasat) kesahihannya agar tidak menyesal (Al-Hujurat:6)
  • ayat 7 Al-Hujurat mengandungi rahsia bagaimana untuk mendapat petunjuk iaitu dengan mempunyai ilmu tentang Rasullullah SAW
  • orang yang mendapat petunjuk ialah mereka yang dibenarkan dan diberikan rasa cinta kepada iman dan yang dihiaskan oleh Allah iman dalam hati dan yang dibuatkan rasa benci kepada kemungkaran.
maka saya berazam untuk
  • menghindari sedaya mungkin, insyaAllah, untuk tiddak melahirkan sifat negatif yang boleh memecahbelahkan masyarakat.
  • berusaha untuk mendapatkan nur muhammad iaitu dengan mengenali Rasullullah dan mendekati serta mengamalkan sunnahnya.
  • tidak sewenang-wenang menyebarkan maklumat yang diterimia sebaliknya berfikiran rasianal tentang kebenaran berita itu agar fitnah dapat dielakkan.
  • berusaha untuk mendapat petunjuk agar diredhai Allah di dunia dan diakhirat.
~Nurul Natasha Etrizal 2015182767~
~Izni Najwa Abd Razak 2015139945~

Pada hari ini saya telah mempelajari :
  • mengenai tahap hubungan di dalam masyarakat di mana ciri-ciri masyarakat memainkan peranan penting dalam mewujudkan masyarakat yang positif ataupun negatif.
  • sebagai manusia kita mestilah menjauhi pandangan negatif seperti prejudis, diskriminasi dan stereotaip terhadap sesuatu etnik dan masyarakat.
  • mengenai konsep akomodasi (sedar dan hormat etnik lain), akulturasi (peminjaman budaya), asimilasi dan amalgamasi (perkahwinan campur).
  • tafsir surah Al-Hujurat ayat 6 iaitu sekiranya kita menerima sesuatu berita, mestilah 'tabayyun dulu dengan mencari bukti dan hujah supaya kita tak menyesal dikemudian hari.
  • sekiranya kita mahukan petunjuk mestilah ada ilmu mengenai Rasulullah, maka Allah akan mempercintakan manusia kepada keimanan dan menjadikan manusia tersebut benci kejahatan.
Maka saya berazam untuk sentiasa bersangka baik dan selidik terlebih dahulu sebelum menyampaikan sesuatu berita ataupun menerima sesuatu berita. Saya juga berazam untuk memupuk sifat cintakan Rasulullah dalam diri dan berusaha untuk mengenali Rasulullah dengan lebih mendalam.

~Izni Najwa Abd Razak 2015139945~
~Anis Asykin binti Alias 2015149451~
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang:
  • ·         Sifat sifat negatif seperti prejudis, sterotaip dan diskriminasi dapat ditangani dengan sifat seperti akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi.
  • ·         Masyarakat perlu mempunyai ciri ciri yang positif agar tidak menimbulkan perkara perkara yang dapat memecah belahkan kaum.
  • ·         Iblis tidak gentar dengan manusia yang melakukan amal ibadah walhal hatinya tidak mengenali Rasulullah SAW
  • ·         Pegangan agama itu perlu untuk setiap individu untuk memastikan masyarakat hidup harmoni dengan mempunyai pegangan atau pendirian.
Maka dengan ini saya berazam untuk:
  • ·         Menjauhkan diri dari sifat sifat negatif dengan sentiasa berubung dengan orang yang positif.
  • ·         Sematakan nilai positif dalam diri supaya dapat memberi cas cas positif kepada masyarakat sekeliling dan mengelakkan perpecahan antara masyarakat.
  • ·         Menjadikan Nabi Muhammad sebagai panduan yang amat mulia dalam hidup.
  • ·         Pegangan agama terutama agama Islam memupuk nilai nilai dan pendirian yang kukuh dalam kehidupan.
~Anis Asyikin Alias 2015149451~
~Intan Syahirah Shahrudin 2015149031~
Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang :
  • bahawa syaitan tidak takut dengan ibadah kita yang dilakukan sama ada solat cukup lima waktu, sentiasa membaca Al-Quran, buat baik selalu, tapi syaitan bermasalah dengan orang yang ada 'nur' iaitu cahaya dalam jiwa mereka (cahaya Rasulullah SAW)
Maka dengan itu saya berazam untuk :
  • sentiasa memperbaiki diri untuk mendekatkan diri lagi dengan mengenali Rasulullah SAW agar mudah diberikan petunjuk oleh Allah SWT.
  • Selain itu, kalau ada sesiapa memberikan berita tentang sesuatu, kita seharusnya mencari bukti dahulu tentang betul ke tidak perkara tersebut, bukannya terus mempercayai bulat-bulat supaya kta tidak akan menyesal di kemudian hari.
~Intan Syahirah Shahrudin 2015149031~
~Nurul Atikah Bt Yazid 2015135375~
Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang :
  • perjanjian iblis bahawa iblis mempunyai perjanjian untuk menyesatkan anak Adam di dunia.
  • iblis tidak akan berputus asa untuk membisikkan perkara yang membawa manusia melakukan perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah.
  • contohnya apabila dua pihak bergaduh, iblis akan mengapi-apikan mereka supaya lebih marah dan membenci antara satu sama lain. sekiranya, mereka terus bergaduh dah tidak memaafkan sesama mereka, maka terputuslah sillaturrahim dan mereka telah memenangkan iblis.
Maka dengan itu saya berazam untuk :
  • menguatkan diri dengan memperbanyakkan zikir.
  • tidak akan sesekali memustuskan sillaturrahim sesama saudara.
  • lebih baik berdiam diri ketika sedang marah untuk mengelakkan perasaan marah membuatkan kita menyakiti orang lain dengan kata-kata.
  • meminta maaf atau maafkan orang lain sekiranya berlaku perselisihan faham.
~Nurul Atikah Bt Yazid 2015135375~
~Nur Syahirah Hassan 2015115685~
Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai konsep, faktor dan kesan pluraliti, pluralistik dan pluralisme sebelum, semasa dan selepas zaman penjajahan. Melalui pembelajaran ini, saya dapat mengetahui banyak maklumat yang saya tidak ketahui sebelum ini.
PLURALITI : berlaku secara semula jadi sebelum zaman penjajahan dan tanpa paksaan dr mana-mana pihak.
PLURALISTIK : berlaku selepas zaman penjajahan dan berlaku secara paksaan oleh penjajah pada ketika itu.

Dalam bab 2 ini, saya dapati ajaran islam perlu dititikberatkan bagi mengelakkan masyarakat Melayu lupa akan asal usul mereka yang sudah sebati dengan ajaran Islam. Selain itu saya juga telah mempelajari bahawa bertaqwalah kepada Allah S.W.T kerana dengan sebenar-benar taqwa akan mendekatkan diri kita dengan Allah. Maka dengan itu, saya akan mendalami lagi tentang plurariti, pluralistic dan plurarisme. Saya juga akan mendalami apa itu sebenar-benar taqwa dan akan melihat sesuatu kejadian atau perkara dimana Allah yang menjadikannya.

~Nur Syahirah Hassan 2015115685~
~Supizah Bt Samsuddin 2015154415~
Pada hari ini saya telah mempelajari :
  • ·         Jika orang fasik membawa berita, hendaklah menyelidik dahulu kebenarannya.
  • ·         Masyarakat yang mempunyai sikap negatif seperti prejudis, sterotaip dan diskriminasi.
  • ·         Pengajaran dari video ialah jangan berlagak sombong jika mempunyai harta yang banyak kerana kehidupan ini bagaikan roda.
Maka dengan itu saya berazam untuk:
  • ·         Sentiasa berwaspada dengan berita yang diperoleh dan mencari sumber yang dipercayai sebelum menyebarkan berita palsu kepada orang lain
  • ·         Saya sedaya upaya untuk berprasangka baik dengan masyarakat dan hindarkan diri dari sikap negatif tersebut.
  • ·         Mengingatkan diri agar sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

~Supizah Bt Samsuddin 2015154415~

No comments:

Post a Comment

Grey Spinning Heart Within A Heart