REFLEKSI WEEK 3

~Nurul Natasha Etrizal 2015182767~
27 September 2016

Pada hari ini saya telah mempelajari :
  • sesuatu tanggapan terhadap seseorang sama ada buruk atau baik, akan mempengaruhi perbuatan dan perlakuan seseorang itu.
  • umat manusia akan ditanya di akhirat kelak berkaitan dengan pengakuan yang dibuat di Alam Roh dahulu.
  • bahawa iblis ingkar dengan arahan Allah dan dengan bongkak serta berdendam dengan manusia.
  • setiap perkara di dunia ini adalah ujian dan setiap daripada kita ini bersaudara.
maka saya berazam untuk
  • sentiasa bersangka baik terhadap orang lain agar sesuatu yang positif dapat dihantar kepada orang tersebut.
  • berusaha dengan setidaknya menunjukkan dan mengamalkan ajaran Islam dengan istiqomah.
  • mencontohi nabi adam yang sedar akan dosanya, lalu memohon ampun kepada Allah bukan seperti iblis yang sombong.
  • bersyukur dengan apa yang berlaku serta merapatkan silaturrahim sesama manusia.
~Nurul Natasha Etrizal 2015182767~
~Izni Najwa Abd Razak 2015139945~

Pada hari ini saya telah mempelajari :
  • mengenai telah wujudnya perjanjian antara manusia dengan Allah sejak Alam Roh lagi di mana manusia sudah mengakui keesaan Allah sejak alam Roh. Akan tetapi manusia lalai dan leka dengan duniawi. 
  • mengenai perjanjian iblis dengan Allah di mana iblis ingkar akan perintah Allah dan enggan sujud kepada nabi Adam
  • bahawa pentingnya seorang hamba untuk patuh pada perintah Allah kerana segala perbuatan kita kelak akan disoal di akhirat
  • bahawa manusia sudah mula bermasyarakat sejak di alam ruh lagi
Maka saya berazam untuk sentiasa istiqomah dalam apa sahaja yang saya lakukan bagi mendapat keredhaan Allah. Saya juga berazam untuk menjauhi sikap-sikap negatif dan tidak mencontohi sikap iblis yang ingkar akan perintah Allah. Selain itu, saya akan berusaha untuk menjalinkan hubungan kemasyarakatan yang baik sesama manusia kerana sesungguhnya manusia ini adalah bersaudara tidak kira kaum, agama dan bangsa.

~Izni Najwa Abd Razak 2015139945~
~Anis Asyikin binti Alias 2015149451~
Pada hari in saya telah mempelajari tentang:
  • ·         Sifat bongkak atau bangga dengan diri sendiri seperti iblis yang berasa dirinya mulia diciptakan dari api tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam.
  • ·         Perjanjian antara roh manusia dan Allah SWT
  • ·         Fasa hidup daripada alam roh hingga ke alam akhirat

Maka dengan itu saya berazam untuk:
  • ·         Bersifat rendah diri dan mentauhidkan Allah SWT, serta melakukan perkara yang disukai Allah SWT serta mengamalkan sunnah Nabi Muhammah SAW untuk memastikan saya berada di jalan yang benar
  • ·         Memenuhi rohani dengan ajaran ajaran yang baik supaya diri tidak ditelan arus dunia.
  • ·         Dunia ialah tempat untuk mencari bekalan di akhirat. Sesunggunya hidup di akhirat itu kekal dan dunia bersifat sementara
~Anis Asyikin Alias 2015149451~
~Intan Syahirah Shahrudin 2015149031~
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang :
  • masyarakat kita terdiri daripada pelbagai jenis etnik, sikap, agama, keturunan, darjat, pelbagai jenis masyarakat yang kita boleh jumpa, yang kita kenal setiap hari
  • sikap berkongsi antara semua orang, tidak endah siapa dia, dari keluarga mana dia asal, kerana semua adalah sama disisi Allah SWT.
Maka dengan itu saya berazam untuk:
  • sentiasa bersangka baik dengan semua orang, dengan sesiapa sahaja yang saya sudah kenal mahupun baru kenal atau tidak
  • tidak akan memandang rendah, berfikiran negatif tentang orang tersebut.
~Intan Syahirah Shahrudin 2015149031~
~Nurul Atikah Bt Yazid 2015135375~
Pada hari ini, saya telah mempelajari :
  • wujudnya 5 alam iaitu alam roh, rahim, dunia, kubur dan akhirat.
  • manusia telah bermasyarakat sejak dari Alam Roh lagi berdasarkan terjemahan surah Al-Araf ayat 172.
  • surah tersebut menerangkan tentang perjanjian asali yang merupakan perjanjian manusia untuk mentauhidkan Allah, bahawa tiada tuhan selain Allah.
  • ayat ini telah memberi pengajaran kepada saya bahawa kita sebagai manusia haruslah sedaya upaya menunaikan janji kita kepada Allah yang telah dibuat di Alam Roh lagi.
Maka dengan itu, saya berazam untuk :
  • mempertingkatkan amalan sebagai khalifah di muka bumi.
  • memperbaiki akhlak dan menghiasi diri dengan sikap mahmudah.
  • menjauhi diri daripada perkara yang dilarangNya.
~Nur Syahirah Hassan 2015115685~
Pada hari ini saya telah mempelajari dan menghayati beberapa ayat al-Quran dari surah Al-A'raf ayat 172 dan surah  Al-Hujurat ayat 6-13.
Isi kandungan dalam surah Al-A'raf ayat 172 ialah berkenaan dgn peristiwa anak-anak Adam bersaksi bahawa Allah adalah Tuhan dan tiada Tuhan lain selain Allah semasa di alam roh. Saya juga dapat belajar tentang 5 alam yang sememangnya wujud iaitu :
  • ·         Alam roh (Perjanjian roh)
  • ·         Alam rahim (sebagai persiapan asadiah)
  • ·         Alam dunia
  • ·         Alam kubur (Alam Barzakh)
  • ·         Alam Selama-lamanya (Akhirat)
Manakala bagi surah Al-Hujurat ayat 6 berkenaan dengan orang fasiq iaitu golongan yang melakukan dosa secara berterusan tanpa bertaubat. Ayat ini menerangkan sekiranya golongan ini menyebarkan suatu cerita, maka sebagai orang Muslim perlulah diselidiki kesahihan berita tersebut takut diperbodohkan begitu sahaja oleh golongan ini dan menyesal di kemudian hari. Ayat 7 menerangkan tentang bagaimana untuk mendapat petunjuk, iaitu ilmu tentang disisi kita ada Rasulullah S.A.W.. Allah mempercintakan dan menghiasakan kita kepada iman serta Allah menjadikan kita benci kepada kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan. Ayat 8 menerangkan tentang sebesar-besar kurnia dan nikmat(Rasulullah, iman, ilmu dan petunjuk). Ayat 9 menerangkan tentang mendamaikan dua pihak yang bergaduh dengan berlaku adil. Ayat 10 menerangkan orang mukmin adalah bersaudara. Ayat 11 menerangkan tentang larangan Allah iaitu jangan mencemuh orang lain, jangan mengaibkan diri sendiri dengan mencemuh orang dan jangan memanggil orang dengan gelaran yang buruk. Ayat 12 menerangkan tentang jauhilah daripada bersangka buruk, mencari-cari kesalahan orang lain, mengumpat antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada Allah S.W.T.. Ayat 13 menerangkan tentang menjaga hubungan sesama manusia dan orang yang mulia disisi Allah S.W.T. ialah orang yang bertaqwa.
~Nur Syahirah Hassan 2015115685~
~Supizah Bt Samsuddin 2015154415~
Pada hari ini saya telah mempelajari :
  • ·         Perjanjian antara kita dengan Allah sejak dia alam roh
  • ·         Berprasangka baik dengan Allah
  • ·         Setiap jiwa manusia boleh dibersihkan
Maka dengan itu saya berazam untuk:
·         Sentiasa melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangannya dan sentiasa mengingatkan diri sendiri untuk melakukan yang terbaik.
·         Memperbaiki diri sendiri dari semasa ke semasa agar jiwa sentiasa tenang.

~Supizah Bt Samsuddin 2015154415~

No comments:

Post a Comment

Grey Spinning Heart Within A Heart