REFLEKSI WEEK 12

~Nurul Natasha Etrizal 2015182767~


Pada hari ini saya telah mempelajari :
Bahawa adab sopan santun dan peradaban yang telah diamalkan oleh masyarakat terdahulu sebelum kita semakin kurang diamakan dalam kehidupan para belia khususnya. Antara faktor yang menyumbang perkara ini berlaku ialah sikap malu dan takut yang membelenggu diri. Selain itu sikap ibu bapa yang mengambil mudah dengan tidak mengambil kesempatan yang ada khususnya ketika anak-anak masih kecil bagi menerapkan budaya bersopan dan beradab ini. Benar, bukan semua kesalahan patut dilempar ke bahu ibu bapa. Namun, ibu bapa adalah medium utama yang boleh mendedahkan anak-anak dengan kesopanan. Tidak dapat disangkal juga bahawa sikap sopan yang kian pudar ini turut disumbang oleh persekitaran kehidupan seseorang. Hal ini kerana, apa yang ditonton dan diertontonkan yang sering menjadi norma dalam masyarakat akan diamalkan sedikit sebanyak. Oleh kerana kurangnya amalan kesopanan dalam masyarakat kini, menjadi punca kesopanan kian memudar.

Maka saya berazam untuk:
Memulakan budaya sopan dan beradab dalam diri saya sendiri sebelum mahu mengubah dan menerapkan budaya soapan dalam diri masyarakat. Hal ini kerana, masakan kita hendak mengajar yang lain sedang diri kita masih lagi terkapai-kapai. Tidak menjadi masalah sekiranya tidak sempurna, tetapi usaha kearah kesopanan itu perlu ada, sentiasa.
~Nurul Natasha Etrizal 2015182767~

~Izni Najwa Abd Razak 2015139945~
Pada minggu ini, berlakunya pembentangan video projek CTU 555. Apa yang saya pelajari dalam menyiapkan tugasan itu ialah Budaya Sopan Santun dan Adab. Apa yang saya dapat melalui perbincangan video ialah kita perlu sentiasabersopan santun dan menjaga adab dalam kehidupan seharian kita. Pada minggu ini juga, kumpulan kami ada berbincang mengenai faktor dan cara mengatasi masalah lunturnya sopan santun dan adab dalam masyrakat terutamanya pelajar UiTM.
Maka dengan itu saya berazam untuk memupuk budak sopan santun dan adab ini dalam kehidupan seharian kita. Saya akan cuba menyingkirkan rasa malu untuk berbuat baik dan mencuba untuk menjadi seorang insan yang lebih baik pada masa akan datang.
~Izni Najwa Abd Razak 2015139945~

~Anis Asyikin binti Alias 2015149451~
Pada hari in saya telah mempelajari tentang:
  • Perlunya sifat beradab dan sopan santun dalam setiap individu tanpa mengira bangsa.
  • Sifat yang mulia ini mencerminkan diri kita kepada masyarakat.
  • Diri sendiri adalah faktor penyebab kekurangan sifat positif ini
Maka dengan ini saya berazam untuk mengamalkan budi pekerti yang baik ini supaya masyarakat yang lain dapat megikuti dan seterusnya dapat memupuk perkara baik ini dalam diri masing masing supaya Allah merahmati dan memberkati hidup kita.
~Anis Asyikin Alias 2015149451~

~Intan Syahirah Shahrudin 2015149031~
Pada hari ini, apa yang telah saya belajar ialah tentang pentingnya sikap sopan santun dan beradab dalam diri masing-masing. Kita perlu lah sentiasa mengamalkan sikap positif ni dalam kehidupan seharian agar dan sentiasa menghargai orang, benda disekeliling kita. Kerana apabila kita menghargai mereka, mereka juga akan melakukuan perkara yang sama.
Maka dengan itu, saya berazam untuk sentiasa beradab dan sopan santun dalam melakukan segala perkara. Apabila kawan membantu kita, kita perlulah mengucapkan terima kasih kepada mereka.
~Intan Syahirah Shahrudin 2015149031~

~Nurul Atikah Bt Yazid 2015135375~
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang :
  • pentingnya generasi kini untuk amalkan dan kekalkan adab sopan santun dalam semua perkara.
  • banyak faktor yang menyebabkan kurangnya amalan sopan santun iaitu, kurangnya didikan agama, pengaruh media massa, perasaan paranoid dan malu serta banyak lagi.
  • kita harus yakin dalam menyampaikan pendapat supaya orang lain juga akan yakin dengan kita.
Maka dengan itu saya berazam untuk :
  • sentiasa beradab dan sopan santun dalam semua perkara walaupun perkara itu kecil seperti mengucapkan terima kasih.
  • mengamalkan sopan santun dengan orang sekeliling supaya ia menjadi ikutan dan budaya yang boleh dicontohi.
  • membuang perasaan malu supaya lebih yakin apabila memberikan pendapat.
~Nur Syahirah Hassan 2015115685~
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang perlunya sopan santun dan beradab dalam setiap perkara. Sopan santun dan beradab dalam setiap perkara termasuklah dalam pertuturan, tingkah laku, budi pekerti, kelakuan, akal kebijaksanaan, perbuatan kebajikan yang baik, mulia, tertib dan sopan. Bertutur dengan menggunakan cara yang sopan serta menyenangkan orang yang lain supaya tidak menimbulkan sebarang perselisihan faham atau pertelingkahan antara penutur dengan pendengar. Dengan cara ini, suasana yang harmoni dan aman damai boleh diperolehi.

 ~Nur Syahirah Hassan 2015115685~
~Supizah Bt Samsuddin 2015154415~
Pada hari ini saya telah mempelajari :
  • ·         Sentiasa mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang berbuat baik dengan kita
  • ·         Sentiasa senyum dan bertegur sapa dengan kawan kawan
  • ·         Mengetuk pintu dan memberi salam sebelum masuk ke rumah.
Maka dengan itu saya berazam untuk sentiasa bersopan dan menghormati orang di sekeliling saya kerana jika kita menghormati orang lain, mereka juga akan berbuat yang sama.
~Supizah Bt Samsuddin 2015154415~

No comments:

Post a Comment

Grey Spinning Heart Within A Heart