REFLEKSI WEEK 11

~Nurul Natasha Etrizal 2015182767~

Pada hari ini saya telah mempelajari :
Al-‘Adalah ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Menurut Al-Mawardi ia juga bermaksud bercakap benar jelas kejujuran, menjauhi haram, memelihara diri dari melakukan dosa atau bersubahat dengannya. Ia juga bermaksud pendirian yang lurus dan seimbang berasaskan kebenaran.

Maka saya berazam untuk:
Berlaku adil dalam kehidupan seharian seperti yang diamalkan oleh Rasullullah Sallahualaihiwasalam. 
~Nurul Natasha Etrizal 2015182767~

~Izni Najwa Abd Razak 2015139945~
Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai:
  • Maksud Musawah. Iaitu persamaan atau sama rata.
  • Manusia mempunyai pelbagai perbezaan dari segi kedudukan harta, rupa paras, kesihatan, pangkat dan darjat. Tetapi secara dasarnya manusia ini sama sahaja di sisi Allah SWT dan yang membezakan mereka antara satu sama lain ialah ketaqwaan. 
Maka dengan itu, saya berazam untuk lebih mendalami maksud musawah supaya menjadi seorang insan yang pandai menghargai orang lain dan melayan orang lain yang berbilang bangsa dan kaum tanpa memilih bulu.

~Izni Najwa Abd Razak2015139945~

~Anis Asyikin binti Alias 2015149451~
Pada hari in saya telah mempelajari tentang al-adalah iaitu adil dari segi undang-undang, pemerintahan dan sosial. Selain tu saya juga mempelajari tentang Keadilah Rasulullah SAW dan keadilan Saidina Umar Al-Khattab terhadap rumah ibadah agama lain. Pelbagai pengajaran yang dapat saya pelajari dan salah satunya ialah berdasarkan kisah Saidina Umar Al-Khatab yang sangat memikirkan tentang jangka masa panjang jika beliau berbuat ibadah di dalam gereja

Maka dengan itu, saya berazam untuk menteladani kisah Nabi Muhammad, Khulafa' Ar-Rashidin dan tokoh tokoh Islam agar dapat menjadi insan yang berbakti kepada agama.
~Anis Asyikin Alias 2015149451~

~Intan Syahirah Shahrudin 2015149031~
Pada hari ini, apa yang telah saya belajar ialah tentan konsep keadilan. Kita sebagai manusia biasa perlulah bersikap adil terhadap semua perkara. Tidak kira masa, tempat, bangsa dan agama, kita tidak boleh bersikap berat sebelah. Kalau kita tidak tahu tentang sesuatu perkara itu, kita sepatutnya menyiasat terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum mengambil sesuatu tindakan.

Maka dengan itu, saya berazam untuk sentiasa bersikap terbuka dan adil dalam semua perkara, dan tidak sewenang-wenangnya menghukum sesorang tanpa tahu tentang hal yang sebenanrnya.
~Intan Syahirah Shahrudin 2015149031~ 

~Nurul Atikah Bt Yazid 2015135375~
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang :
  • pentingnya keadilan untuk menjaga ikatan masyarakat.
  • kita harus mencontohi sikap Rasululullah SAW yang sentiasa berlaku adil. 
Maka dengan itu saya berazam untuk :
  • sentiasa berlaku adil dan tidak berat sebelah dalam semua situasi.
  • mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan harian.
~Nur Syahirah Hassan 2015115685~
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang penghayatan rukun negara. Seperti yang kita tahu terdapat lima prinsip rukun negara iaitu kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan. Sebagai rakyat Malaysia kita perlulah menghayati serta mendalami dan mengamalkan prinsip rukun negara supaya kita dapat hidup dalam keadaan yang harmoni serta perdamaian dapat diteruskan. Kita mestilah mematuhi perundangan yang tertinggi, kekuasaan yang tertinggi. Melalui rukun negara kita juga dituntut supaya mempunyai akhlak peribadi yang mulia kerana akhlak seseorang itu mencerminkan peribadinya. 
~Nur Syahirah Hassan 2015115685~
~Supizah Bt Samsuddin 2015154415~
Pada hari ini saya telah mempelajari :
  • ·         Islam pentingkan keadilan pada setiap masa
  • ·         Asas dalam manyarakat ialah berkenal-kenalan dan memahami antara satu sama lain.
Maka dengan itu saya berazam untuk melatih diri supaya sentiasa adil dalam setiap perkara kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Selain itu, saling bantu membantu dan bekerjasama dalam masyarakat.
~Supizah Bt Samsuddin 2015154415~

No comments:

Post a Comment

Grey Spinning Heart Within A Heart