REFLEKSI WEEK 10

~Nurul Natasha Etrizal 2015182767~

Pada hari ini saya telah mempelajari :
Bahawa perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara kaum. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial).
Maka dengan itu , saya berazam untuk menzahirkan keadilan dalam kehidupan seharian kerana keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang. Kedaulatan undang-undang ini dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warganegara Malaysia.

~Nurul Natasha Etrizal 2015182767~

~Izni Najwa Abd Razak 2015139945~
Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai rukun negara iaitu betapa pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia untuk menghayati maksud-maksud disebalik rukun negara tersebut. Saya juga telah mempelajari mengenai konsep serta strategi survival bagi orang melayu dan juga bumiputera bagi memastikan survival orang melayu dan bumiputera terus terjamin dari semasa ke semasa. Survival ini berkait rapat dengan peranan kerajaan untuk memastikan kehidupan orang melayu terjamin.

Maka dengan itu, saya berazam untuk lebih mengahayati kelima-lima rukun negara tersebut dan belajar untuk lebih menghargai usaha orang melayu pada masa dahulu yang gigih dan bersungguh-sungguh mempertahankan bangsa melayu supaya hak melayu sentiasa terjamin.

~Izni Najwa Abd Razak 2015139945~
~Anis Asyikin binti Alias 2015149451~
Pada hari in saya telah mempelajari bahawa pelbagai usaha telah diambil untuk mengukuhkan lagi hubungan sosial pelbagai etnik di negara ini serta membina masyarakat yang lebih adil dari segi struktur sosial dan ekonomi. Selain itu, tentang tentang kepentingan rukun negara yang dirumus berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk jati diri rakyat Malaysia yang unggul.

Maka dengan ini saya berazam untuk menyumbang sedikit sebanyak dalam mebina masyarakat yang lebih adik dari segi struktur sosial dan ekonomi dengan memperlengkapkan diri dengan ilmu agar kaum Melayu di negara kita dapat maju seperti negara negara yang berekonomi baik.
~Anis Asyikin Alias 2015149451~
~Intan Syahirah Shahrudin 2015149031~
Pada hari ini, apa yang telah saya belajar ialah tentang matlamat dalam politik Islam yang perlu kita tahu. Ianya terdiri daripada mendidik manusia untuk mengenal Allah SWT, mengajar manusia melaksanakan ibadah dengan baik, menunaikan amanah dengan menggalakan syariah, memakmur dan membangun bumi dan banyak lagi.
Maka dengan itu saya berazam utnuk sentiasa memperbaiki diri menjadi seorang Islam yang akan patuh pada Islam dan sentiasa akan menjalankan setiap tugasan yang dapat  dengan baik dan sentiasa amanah dalam melakukan sesuatu.
~Intan Syahirah Shahrudin 2015149031~
~Nurul Atikah Bt Yazid 2015135375~
Pada hari ini, saya telah mempelajari :
  • pentingnya untuk kita mengenal Allah SWT dan Rasulullah SAW.
  • segala perkara yang kita lakukan haruslah niat kerana Allah SWT serta ikhlas dalam melakukan semua perkara.
  • kita harus menghormati bangsa, budaya dan pelbagai etnik yang terdapat di Malaysia supaya masyarakat hidup dalam keadaan bersatu padu.
Maka dengan itu, saya berazam untuk :
  • terus berusaha melakukan semua perkara dengan niat kerana Allah SWT.
  • ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara biarpun perkara tersebut mungkin membebankan.
  • berkawan dan melayan bangsa lain dengan baik supaya mereka berasa senang hati dan lebih meminati untuk belajar tentang agama Islam.
~Nur Syahirah Hassan 2015115685~
Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai zaman pemerintahan British telah wujudnya pengasingan kaum disebabkan oleh pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh British. Oleh itu Malaysia telah mengamalkan integrasi antara kaum untuk menyatupadukan kaum yang terdapat di Malaysia. Integrasi antara kaum dipupuk melalui politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, pendidikan dan di peringkat wilayah.  Oleh itu, kita hendaklah hidup bersatu padu bagi menyatupadukan kesemua kaum di Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, keturunan dan pangkat.
~Nur Syahirah Hassan 2015115685~
~Supizah Bt Samsuddin 2015154415~
Pada hari ini saya telah mempelajari :
  • ·         Rukun tetangga membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia.
  • ·         Rukun Negara pertama bermaksud bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.


Maka dengan itu saya berazam untuk menghayati setiap rukun Negara dan cuba untuk mempraktikkan makna disebalik rukun Negara itu agar dapat menjadi seorang yang berbakti kepada masayarakat dan Negara.
~Supizah Bt Samsuddin 2015154415~

No comments:

Post a Comment

Grey Spinning Heart Within A Heart