REFLEKSI WEEK 5

~Nurul Natasha Etrizal 2015182767~
11 Oktober 2016
Pada hari ini saya telah mempelajari:
  • Rasullullah SAW adalah sebesar-besar nikmat dan kurnia yang Allah utuskan kepada kita.
  • kita hendaklah mendamaikan antara 2 pihak yang bergaduh sebaik mungkin.
  • kita hendaklah berlaku adil dengan tidak mengungkit perkara yang lepas.
  • jangan merasa dengki dan mencemuh orang lain kerana kerajaan di langit tidak memandang kedudukan hamba melainkan berdasarkan ketaqwaan kepada Allah.
  • jangan berprasangka itu membukan kepada pintu syaitan.
  • kita perlu beramah mesra natara satu sama lain dengan bertaqwa kepada Allah.
maka saya berazam untuk
  • bersyukur sentiasa akan nikmat terbesar inidengan mencintai dan mencontohi sunnah Rasullullah SAW.
  • tidak mengelak atau melepaskan diri sendiri sekiranya 2 rakan yang saya kenal tidak sehaluan sabaliknya saya akan cuba menyelesaikan konflik antara mereka.
  • tidak membangkitkan semula isu yang menegangkan keadaan dahulu.
  • untuk menjaga dan berwaspada sebaik mungkin dengan menjaga tutur kata agar tidak menyakiti hati mukmin yang lain kerana mukmin itu bersaudara.
  • sentiasa bersangka baik dan membuang sejauh  mungkin prasangka buruk
  • bertegur sapa dan menjadi seorang yang ringan mulut sebagaimana yang dituntut dalam negara.
~Nurul Natasha Etrizal 2015182767~
~Izni Najwa Abd Razak 2015139945~

Pada hari ini saya telah mempelajari:
  • menenai nikmat kurniaan Allah kepada manusia iaitu nikmat iman, ilmu, petunjuk dan nikmat yang terbesar sekali ialah nikmat Rasulullah
  • kita mestilah mendamaikan dua pihak yang bergaduh dan berlaku adil terhadap keduanya.
  • mengenai larangan mencemuh, mengaibkan orang lain dan memanggil orang dengan gelaran yang buruk kerana ini adalah tanda-tanda orang yang fasik
  • sebagai manusia kita perlu menjauhi sifat sangka buruk, mencari kesalahan orang lain dan mengumpat 
  • bahawa sebagai manusia kita mestilah bertaqwa dan patuh pada perintah Allah
  • kita mestilah sentiasa menepati janji dan menghormati tetamu 
Maka saya berazam untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah dan berusaha menjauhi perbuatan-perbuatan negatif seperti mengumpat dan bersangka buruk terhadap orang lain. Saya juga berazam untuk sentiasa menepati janji dan menghormati tetamu seperti mana yang dipraktikkan oleh orang dari negara Arab. 

~Izni Najwa Abd Razak 2015139945~
~Anis Asyikin binti Alias 2015149451~
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang:
  • ·         Sifat sifat negatif seperti prejudis, sterotaip dan diskriminasi dapat ditangani dengan sifat seperti akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi.
  • ·         Masyarakat perlu mempunyai ciri ciri yang positif agar tidak menimbulkan perkara perkara yang dapat memecah belahkan kaum.
  • ·         Iblis tidak gentar dengan manusia yang melakukan amal ibadah walhal hatinya tidak mengenali Rasulullah SAW
  • ·         Pegangan agama itu perlu untuk setiap individu untuk memastikan masyarakat hidup harmoni dengan mempunyai pegangan atau pendirian.
Maka dengan ini saya berazam untuk:
  • ·         Menjauhkan diri dari sifat sifat negatif dengan sentiasa berubung dengan orang yang positif.
  • ·         Sematakan nilai nilai positif dalam diri supaya dapat memberi cas cas positif kepada masyarakat sekeliling dan mengelakkan perpecahan antara masyarakat.
  • ·         Menjadikan Nabi Muhammad sebagai panduan yang amat mulia dalam hidup.
  • ·         Pegangan agama terutama agama Islam memupuk nilai nilai dan pendirian yang kukuh dalam kehidupan.
~Intan Syahirah Shahrudin 2015149031~
Pada hari ini, apa yang saya telah belajar ialah:
  • kita seharusnya menjauhkan diri daripada prasangka buruk diri sendiri dan juga orang lain.
  • jangan selalu mencari kesalahan orang lain tanpa usul periksa terlebih dahulu
  • tidak digalakkan dan seharusnya menjauhkan diri daripada menggunakan perkataan "kalau" untuk perkara yang telah berlaku
  • ini kerana ia seolah-olah tidak redha dengan ketentuan qadak dan qadar Allah SWT.
Maka dengan itu saya berazam untuk :
  • sentiasa berfikiran positif tentang diri sendiri dan orang lain
  • jauhkan diri daripada berkata-kata yang tidak elok.
  • sentiasa bersyukur dengan apa yang berlaku.
~Intan Syahirah Shahrudin 2015149031~
~Nurul Atikah Bt Yazid 2015135375~
Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang :
  • kita harus siasat terlebih dahulu siasat atau periksa secara teliti tentang asal usul berita yang disampaikan oleh orang lain untuk memastikan kesahihan berita tersebut.
  • ini untuk mengelakkan berlakunya fitnah yang boleh membawa kepada perpecahan masyarakat.
  • kita harus damaikan dua pihak yang bergaduh serta berlaku adil antara satu sama lain.
  • kita harus menjauhi prasangka buruk terhadap orang lain.
Maka dengan itu saya berazam untuk :
  • menyiasat berita atau maklumat yang disampaikan terlebih dahulu sebelum mempercayainya dan menyebarkan kepada orang lain.
  • menghormati dan berbuat baik kepada semua orang tanpa mengira kaum atau bangsa untuk menunjukkan bahawa Islam merupakan agama yang cinta akan keamanan.

~Nurul Atikah Bt Yazid 2015135375~
~Nur Syahirah Hassan 2015115685~
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik.
·         PERLEMBAGAAN adalah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat.
Berdasarkan pembelajaran ini, saya tahu bahawa perlembagaan negara tidak boleh digubal oleh mana-mana pihak termasuklah Yang Dipertuan Agong. Saya juga belajar tentang sejarah pengubalan perlembagaan persekutuan sebelum Merdeka lagi.
Fungsi perlembagaan :
  • ·         Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran
  • ·         Melindungi hak istimewa orang melayu
  • ·         Membentuk identiti negara
  • ·         Memelihara kedaulatan institusi beraja
  • ·         Menjaga keharmonian kaum


Perjanjian tersebut dimulai dengan Malayan Union yang hanya banyak memberi keuntungan kepada penjajah pada ketika itu. Disebabkan ketidak puasan hati rakyat tempatan pada ketika itu, dan berlaku penentangan, Kontrak Sosial ditubuhkan. Di dalam kontrak sosial, "give and take" antara Melayu dan bukan Melayu diketengahkan. Oleh itu kedua-dua pihak mendapat manfaat dari perjanjian tersebut. 

~Nur Syahirah Hassan 2015115685~


~Supizah Bt Samsuddin 2015154415~
Pada hari ini saya telah mempelajari :
  • ·         Jika 2 golongan sedang berperang, kita hendakah mendamaikan mereka
  • ·         Tidak bersangka buruk dengan orang lain
  • ·         Terdapat banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita

Maka dengan itu saya berazam untuk:
  • ·         Tidak melaga-lagakan kawan yang sedang bergaduh dan mencuba untuk mendamaikan mereka
  • ·         Bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kerana setiap orang mempunyai rezeki masing-masing dalam pelbagai bentuk.


~Supizah Bt Samsuddin 2015154415~.

No comments:

Post a Comment

Grey Spinning Heart Within A Heart