TAFSIR SURAH AR-RUM AYAT 22


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.
Tafsir ayat:
Dia menciptakan langit yang tinggi, luas, Dan Dia menciptakan bumi yang daar dan padat dengan gunung-gunung, lautan, padang pasir, haiwan, dan tumbuhan. Berbeza-beza bahasa, ada yang berbahasa Arab, ada yang berbahasa Tartar, ada yang berbahasa Kurdi, ada yang berbahasa Tamil, ada yang berbahasa Mandarin, ada yang berbahasa Afrika, ada yang berbahasa Etiopia dan sebagainya. Mereka itu terdiri daripada pelbagai bangsa. Begitu juga berbeza warna kulitnya, masing-masing mempunyai ciri khas tersendiri. Dikurniakan sepasang mata, sepasang telingan, satu hidung dan mulut, sepasanag kaki dan tangan namun mempunya ciri berbeza baik sari segi rupa, bentuk, ataupun bahasa. 

Jelaslah bahawa, masyarakat manusia itu majmuk sifatnya. Semuanya sama namun dibezakan dengan tahap ketakwaan kepada Allah. Setiap manusia itu dijadikan sebagai khalifah di muka bumi. Kelak di akhirat, mereka yang beriman mendapat ganjaran syurga dan sebalik kepada yang kufur

No comments:

Post a Comment

Grey Spinning Heart Within A Heart