Pembangunan Ekonomi Sekarang Berdasarkan Pembangunan Ekonomi Rasulullah

Dengan mengambil kaedah pembangunan ekonomi Rasulullah SAW, berikan pembangunan ekonomi yang boleh diusahakan sekarang?

Sistem perekonomian pada zaman Nabi Muhammad SAW merupakan sistem ekonomi yang berlandaskan syariat islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Kegiatan ekonomi yang dijalankan mematuhi apa yang harus dilakukan dan menjauhi apa yang dilarang dalam Islam. Batasan-batasan yang ditetapkan dalam Islam adalah bertujuan untuk menjaga maqasid syariah iaitu menjaga agama, diri, akal, harta dan keturunan.
Di Quba, Rasulullah membangunkan masjid sebagai tempat ibadah dan mengajar ilmu agama Islam. Setelah beliau berjaya membangunkan masjid, perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW adalah mempersatukan, mengarahkan dan membina masyarakat (Anshar dan Muhajirin) dengan meletakkan dasar-dasar kehidupan dalam bermasyarakat, yang terdiri daripada :
  • ·         Mendirikan Masjid Nabawi, sebagai tempat beribadah, dan juga berperanan untuk mempersatukan kaum Muslimin dari berbagai suku dan etnik. Ia juga sebagai pusat pemerintahan.
  • ·         Mempersaudarakan kaum Anshar dengan kaum Muhajirin, hal ini tidak didasarkan pada ikatan darah, ras, tetapi berdasarkan agama (aqidah).
  • ·         Mendeklarasikan Piagam Madinah, yang bertujuan sebagai stabiliti keamanan antara kaum Muslimin dengan kaum Yahudi di Madinah.

Oleh itu, kerajaan boleh menjalankan usaha untuk membangunkan ekonomi dengan :
  • ·         Menjalankan aktitivi ekonomi berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah seperti Nabi Muhammad SAW.
  • ·         Kegiatan ekonomi hendaklah dipraktikkan secara jujur dan amanah.
  • ·         Mengukuhkan ikatan antara masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa supaya aktiviti ekonomi dapat berjalan dengan lancar dan memudahkan transaksi dilakukan.
  • ·         Menggalakkan masyarakat menceburi bidang perniagaan kerana 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan.
  • ·         Menubuhkan sebuah institusi bertujuan untuk mengawal kegiatan ekonomi dalam negara secara terperinci dan menyeluruh.

No comments:

Post a Comment

Grey Spinning Heart Within A Heart