Mengapa Orang Melayu Menentang Malayan Union?




KEHILANGAN KUASA SULTAN
•Kuasa pemerintahan sultan dihapuskan dan diambil alih oleh Gabenor Malayan Union
•Sultan diberikan kuasa dalam hal ehwal agama dan adat istiadat
•Menjadi kebimbangan kepada orang Melayu kerana sultan merupakan pelindung bagi orang Melayu
•Raja tidak lagi menjadi pemerintah bagi setiap negeri
•Melalui pelaksanaan Malayan Union, negeri-negeri di tanah Melayu telah menjadi negeri jajahan
(diketuai seorang Gabenor)
TARAF KEWARGANEGARAAN LONGGAR 
Berdasarkan kontrak sosial yang diberikan kepada orang bukan Melayu hak kewarganegaraan
yanglonggar berasaskan prinsip jus soli.
•Kaum imigran (Cina dan India) akan mendapat hak dan kepentingandengan mudah
setaraf dengan orang Melayu
TINDAKAN HAROLD MAC MICHAEL
•Menggunakan tindakan tipu helah untuk mendapatkan tandatangan sultan-sultan Melayu
•Mengugut, melucutkan jawatan sultan yang bekerjasama dengan Jepun semasa perang dunia kedua
•Sultan-sultan tidak diberikan peluang untuk berunding tentang pelaksanaan rancangan Malayan
Union tersebut
•Bertentangan dengan perlembagaan negeri dan dilihat tidak menghormati institusi beraja yang
terdapat di tanah Melayu
KEDUDUKAN TANAH MELAYU
Pentadbiran : Malayan Union mewujudkan sebuah kesatuan yang dikuasai oleh sebuah pemerintan
pusat yang kuat
Gabenor British : mengetuai Malayan Union
Negeri-negeri Melayu dijadikan satu unit politik
Kedudukan tanah Melayu diubah menjadi negeri naungan seperti tanah jajahan mahkota
Parlimen British menjadi pemutus undang-undang Malayan Union


No comments:

Post a Comment

Grey Spinning Heart Within A Heart