Hasil carian imej untuk LOGO UITM
FACULTY OF ACCOUNTANCY
BACHELOR OF ACCOUNTANCY (Hons.)
AC2204H
CTU 555 

PREPARED BY:
INTAN SYAHIRAH BINTI SHAHRUDIN                              2015149031
NUR SYAHIRAH BINTI HASSAN                                       2015115685
ANIS ASYIKIN BINTI ALIAS                                              2015149451
IZNI NAJWA BINTI ABD RAZAK                                       2015139945
SUPIZAH BINTI SAMSUDDIN                                           2015154415
NURUL NATASHA BINTI ETRIZAL                                   2015182767
NUR ATIKAH BINTI YAZID                                                2015135375

ISU SEMASA BERDASARKAN TAJUK PEMBELAJARAN

TAJUK : 6
HUBUNGAN ETNIK KEARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI




RUJUKAN :

Al-Adalah



KEADILAN RASULULLAH
Dikeluarkan oleh Bukhari dari Urwah bahwa seorang wanita telah mencuri pada zaman Rasulullah saw ketika terjadinya penaklukan Makkah. Lalu kaumnya menemui Usamah bin Zaid ra untuk mendapatkan ampunan bagi anak perempuan mereka.
•Urwah berkata, “Ketika Usamah menemui Rasulullah saw dan memberi tahu permintaan kaum itu, wajah Rasulullah saw menjadi kemerah-merahan dan bersabda, ‘Apakah kamu berkata-kata denganku mengenai hukuman Allah SWT (untuk mengubah atau meringan-ringankannya)?’”
•Usamah berkata, “Ampunilah saya wahai Rasulullah.”
•Pada waktu petangnya Rasulullah saw berkhutbah dihadapan orang ramai. Baginda memuji Allah seperti biasa dan bersabda, “Amma ba’du. Sesungguhnya telah binasalah kaum yang terdahulu apabila orang-orang mulia di kalangan mereka mencuri, mereka tidak menghukumnya. Tetapi apabila orang-orang rendah di kalangan mereka mencuri, mereka menjatuhkan hukuman ke atasnya. Demi Allah yang memegang jiwa Muhammad di dalam tangan-Nya! Jika seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri pasti aku akan memotong tangannya.”
•Kemudian Rasulullah saw memerintahkan supaya tangan perempuan yang mencuri itu dipotong, Setelah itu bertaubat sungguh-sungguh dan menikah.

•Contoh yang lain, misalnya selepas peperangan Badar, di mana Rasulullah bersetuju membebaskan tawanan perang dengan syarat mereka mengajar anak-anak umat Islam untuk membaca. Baginda tidak bersikap melampau dan terlalu tegas dengan tawanan tersebut.
•Dari sini kita dapat melihat sikap wasatiyyah Rasulullah walaupun dengan pihak musuh.

Rasulullah juga memberikan garis panduan dalam kepimpinan ketika meluaskan empayar Islam dengan membenarkan sikap toleransi beragama. Ini terbukti dengan terbentuknya Piagam Madinah yang telah dipersetujui dengan masyarakat bukan Islam.    
•Wasatiyyah dan kesederhanaan yang diamalkan oleh Nabi SAW adalah bermatlamat untuk mencari kebenaran yang sejati atau al-haq. Perkara ini tidak mungkin dicapai melainkan dengan kita kembali kepada ajaran sunnah Rasulullah dan al-Quran sebagai kalamullah.

Ancaman Ekstremisme Terhadap Integrasi




Undang-Undang Dalam Syariat Islam








HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM

Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Qisas, Hudud dan Ta’zir.

Qisas dari sudut bahasa bermaksud memotong. Iaitu hukuman balas bagi kesalahan membunuh dibalas dengan bunuh, menghilangkan salah satu dari anggota orang lain atau melukakannya atau mencederakannya dibalas dengan hukuman mengikut jenis kesalahan yang dilakukannya.

JENIS JENAYAH QISAS

Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah:

1. Membunuh dengan sengaja (Dengan niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh pada adatnya).

2. Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja seperti mata, hidung, telinga dan sebagainya.

3. Melukakan orang lain dengan sengaja.



HUKUMAN TERHADAP KESALAHAN QISAS.

Mengikut Hukum Islam, qisas hendaklah dilakukan dengan hukuman yang sama seperti mana dilakukan kepada mangsanya. Membunuh dibalas dengan dibunuh, melukakan dibalas dengan dilukakan dan mencederakan dibalas dengan mencederakannya.



DIYAT

Diyat ialah denda yang wajib dibayar oleh orang yang melakukan jenayah kerana kesalahan jenayahnya sebagai ganti qisas.

Apabila keluarga orang yang dibunuh ( Pembunuhan sengaja) atau orang yang dihilangkan atau dicederakan anggota atau yang dicederakan memaafkan, maka diganti dengan diat. Hanya waris sahaja yang boleh memaafkan tetapi bukan pemerintah ).



KADAR DIYAT

Diyat terbahagi kepada 2 jenis:
1. Diyat Mughallazah ( ganti kerugian yang berat )
2. Diyat Mukhaffafah ( ganti kerugian yang ringan )

Diyat Mughallazah adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara terus (tanpa tangguh) sebagaimana yang berikut:
1. 30 ekor unta berumur 4 tahun
2. 30 ekor unta berumur 3 tahun
3. 40 ekor unta yang sedang bunting

Diyat Mughallazah juga boleh dibayar dengan bayaran-bayaran berikut:
1. 33 ekor unta berumur 4 tahun
2. 33 ekor unta berumur 3 tahun
3. 34 ekor unta yang sedang bunting.

Diyat Mukhaffafh juga adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur (tangguh)selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyat sebagaimana yang berikut:
1. 20 ekor unta umur 4 tahun
2. 20 ekor unta umur 3 tahun
3. 20 ekor unta betina umur 2 tahun
4. 20 ekor unta jantan umur 2 tahun
5. 20 ekor unta betina umur 1 tahun

Kadar diyat adalah dikira mengikut bilangan unta dengan harga semasa iaitu harta yang paling bernilai ketika itu. Kadar penuh untuk satu diyat penuh ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun , para ulama' berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Diantaranya ialah:

a. Wang Emas - 1,000 dinar
b. Wang Perak - 10,000 dirham
c. Lembu - 200 ekor
d. Kambing - 2,000 ekor
e. Persalinan - 200 persalinan lengkap.

Kadar seekor unta misalnya RM4,000 maka jumlah satu diyat penuh ialah RM 400,000. Manakala jika seekor lembu RM2,000 maka satu diyat penuh ialah RM400,000. Begitulah nilai semasa satu diyat penuh.

Bagi pesalah perempuan diyat mereka adalah separuh dari diat lelaki dan diat hamba adalah separuh dari diyat orang merdeka.

Diyat Mughallazah di kenakan kepada orang yang membunuh secara sengaja (niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh ) dengan syarat dimaafkan dan dipersetujui oleh waris orang yang dibunuh. Diyat tersebut hendaklah dibayar secara tunai tanpa bertangguh atau beransur.

Diyat Mukhaffafah pula ialah bagi pembunuhan tidak sengaja ( seperti tertembak rakan yang disangkanya binatang buruan ) atau pembunuhan yang seperti sengaja ( tidak niat membunuh dan dengan benda yang lazimnya tidak boleh membunuh ). Boleh dibayar secara beransur-ansur selama 3 tahun.



DIYAT MENGHILANG ATAU MENCEDERAKAN ANGGOTA

Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja seperti mata, hidung, telinga dan lain-lain dikenakan qisas sebagaimana kehilangan dan kadar kecederaan anggota. Tetapi jika orang yang terkena dengan jenayah tersebut memilih untuk mengganti dengan diyat maka kadarnya adalah seperti berikut:

1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal sepert terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh badan dan hilang keupayaan bersetubuh.

2. 50 ekor unta untuk anggota berpasangan seperti dua mata dan lain-lain. Jika kedua-duanya maka diyatnya 100 ekor unta.

3. 33 ekor unta untuk luka yang sampai ke dalam bahagian otak.

4. 33 ekor unta untuk luka yang sampai keselaput kepala.

5. 25 ekor unta untuk anggota yang berpasang yang mempunyai kelopak seperti 4 kelopak mata.

6. 15 ekor unta untuk luka yang sampai ketulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya.

7. 10 ekor unta bagi luka yang memecah atau mematah tulang.

8. 10 ekor unta untuk anggota yang mempunyai 10 sendi atau bahagian seperti jari tangan dan kaki.

9. 5 ekor unta untuk luka yang menampakkan tulang



PENGERTIAN HUDUD

Hudud dari sudut bahasa membawa maksud menahan atau mencegah. Iaitu keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T atau merosakan kepentingan masyarakat umum dan ketenteraman orang ramai iaitu berzina, menuduh orang berzina, minum arak, memcuri, murtad, merompak dan memberontak . Kadar hukumannya adalah mandatori dan tidak boleh dipinda samaada dikurang atau ditambah.



JENIS-JENIS JENAYAH HUDUD DAN HUKUMANNYA

a. Zina
Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan perempuan. Hukumannya ialah direjam sampai mati jika telah berkahwin dan sebat 100 kali jika pesalah belum pernah berkahwin.

b. Qazaf ( Menuduh berzina )
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. Hukumannya ialah 80 kali sebatan.

c. Minum Arak
Minum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal. Hukumannya ialah 40 kali sebatan.

d. Mencuri
Mengambil harta orang lain secara senyap atau bersembunyi. Hukumannya adalah potong tangan.

e. Merompak
Mengambil hatra orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman. Hukumannya ialah:

1. Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh.
2. Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tanga dan kaki secara bersilang seperti tangan kanan dengan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan yang seterusnya.
3. Sekiranya hanya mengganggu ketenteraman awam dendaklah di ta'zir seperti dipenjara dan lain-lain lagi.

f. Murtad
Keluar dari agama Islam samaada dengan perkataan atau perbuatan. Hukumannya ialah bunuh ( setelah diberi tempoh untuk bertaubat )



PENGERTIAN TA'ZIR

Ta'zir dari segi bahasa bererti menolak atau menghalang. Iaitu hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam al-quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaaannya tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.



KESALAHAN YANG TERMASUK DI BAWAH KATEGORI TA'ZIR.
1. Kesalahan-kesalahan hudud dan qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud dan qisas.
2. Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab, lesbian dan sebagainya.
3. Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat,berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.



HUKUMAN BAGI KESALAHAN TA'ZIR
Hukuman ta'zir diserahkan kepada budi bicara hakim supaya hukuman tersebut memberi pengajaran supaya penjenayah serik untuk melakukan semula. Antara hukuman-hukuman yang boleh dikenakan kepada pesalah adalah sebagaimana berikut:

a. Nasihat
Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.

b. Teguran
Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha memperbaiki dirinya.

c. Ancaman
Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.

d. Pemulauan
Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersepit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.

e. Pengisytiharan Umum
Membuat pengistiharan kepada umum terhadap kesalahan penjenayah supaya penjenayah berasa malu dan tertekan.

f. Denda dan merampas harta
Mengenakan denda dalam bentuk wang dan sebagainya atau merampas harta bendanya.

g. Penjara
Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut realiti semasa.

h. Sebat
Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu.

i. Buang daerah
Mengenakan hukuman buang daerah supaya pesalah rasa tertekan, mengalami kesukaran, kesusahan dan terpisah dari kaum keluarga

j. Bunuh
Dibenarkan oleh syara' bagi menjaga kemaslahatan awam jika difikirkan sesuai



HIKMAH PERLAKSANAAN HUKUMAN JENAYAH ISLAM
1. Melindungi masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum berlaku
2. Memperbaiki penjenayah dan memperbetulkan penyelewengan.
3. Membersihkan dosa penjenayah, mendidiknya dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.


Sumberdaripada: www.jais.gov.my/article/hukum-jenayah-islam

Mengapa Orang Melayu Menentang Malayan Union?




KEHILANGAN KUASA SULTAN
•Kuasa pemerintahan sultan dihapuskan dan diambil alih oleh Gabenor Malayan Union
•Sultan diberikan kuasa dalam hal ehwal agama dan adat istiadat
•Menjadi kebimbangan kepada orang Melayu kerana sultan merupakan pelindung bagi orang Melayu
•Raja tidak lagi menjadi pemerintah bagi setiap negeri
•Melalui pelaksanaan Malayan Union, negeri-negeri di tanah Melayu telah menjadi negeri jajahan
(diketuai seorang Gabenor)
TARAF KEWARGANEGARAAN LONGGAR 
Berdasarkan kontrak sosial yang diberikan kepada orang bukan Melayu hak kewarganegaraan
yanglonggar berasaskan prinsip jus soli.
•Kaum imigran (Cina dan India) akan mendapat hak dan kepentingandengan mudah
setaraf dengan orang Melayu
TINDAKAN HAROLD MAC MICHAEL
•Menggunakan tindakan tipu helah untuk mendapatkan tandatangan sultan-sultan Melayu
•Mengugut, melucutkan jawatan sultan yang bekerjasama dengan Jepun semasa perang dunia kedua
•Sultan-sultan tidak diberikan peluang untuk berunding tentang pelaksanaan rancangan Malayan
Union tersebut
•Bertentangan dengan perlembagaan negeri dan dilihat tidak menghormati institusi beraja yang
terdapat di tanah Melayu
KEDUDUKAN TANAH MELAYU
Pentadbiran : Malayan Union mewujudkan sebuah kesatuan yang dikuasai oleh sebuah pemerintan
pusat yang kuat
Gabenor British : mengetuai Malayan Union
Negeri-negeri Melayu dijadikan satu unit politik
Kedudukan tanah Melayu diubah menjadi negeri naungan seperti tanah jajahan mahkota
Parlimen British menjadi pemutus undang-undang Malayan Union


Adakah Zakat Berujuan Untuk Membasmi Kemiskinan?

Adakah zakat bertujuan untuk membasmi kemiskinan?

Pengertian zakat
  • Dari Segi Bahasa :

·         Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG” Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

  •  Dari Segi Syarak :

·         Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

Zakat merupakan rukun Islam ketiga dan wajib untuk umat Islam yang memenuhi syarat wajib zakat untuk membayarnya. Zakat yang dibayar akan diagihkan kepada 8 golongan asnaf yang terdiri daripada :
·         Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
·         Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
·         Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
·         Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
·         Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
·         Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
·         Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
·         Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan
·         Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.


Bantuan zakat cuma diagihkan kepada golongan yang memerlukan sahaja. Ini dapat mengelakkan berlakunya penindasan atau ketidakadilan terhadap golongan ini serta mengelakkan daripada duit zakat disalahpergunakan atau disalurkan kepada dana yang salah. Biarpun negara kita masih ada yang dibelenggu kemiskinan, zakat sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban individu tersebut. Oleh itu, kita boleh konklusikan yang zakat bertujuan untuk mambasmi kemiskinan serta memberikan bantuan kepada orang yang tidak berkemampuan yang layak menerimanya.

Bagaimana Kerajaan Merealisasikan Agihan Rakyat Secara Adil

Bagaimanakan kerajaan merealisasikan agihan dengan adil kepada semua rakyat.
  • ·         Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar Bandar melalui proses memodenkan kawasan-kawasan luar Bandar.
  • ·         Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang, dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya, supaya penyertaan berbagai kaum dalam sector sektor.
  • ·         Di kawasan Bandar, kemiskinan relative dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan, pengangkutan dan kemudahan awam.

CIRI-CIRI POLITIK YANG STABIL


APAKAH SEBENARNYA CIRI POLITIK YANG STABIL?

Pengertian tentang kepemerintahan yang baik, menurut :
  • World bank

Good Govermance merupakan bentuk penyelenggaraan manajemen pembangunan yang solid dan bertanggung jawab, penghindaran korupsi dan menjalankan disiplin anggaran.
  • United Ntions Development Program ( UNDP )

Hubungan yang sinergis dan konstruktif antara negara, sektor swasta dan masyarakat.
  • PP  No 101 tahun 2000

Kepemerintahan yang baik adalah kepemerintahanyang mengembangkan dan menerapkan prinsip-prinsip profesionalitas, akuntabilitas, transparansi, pelayanan prima, demokratis, efisiensi, efektifitas, supremasi hukum dan dapat diterima oleh masyarakat.

Ciri-ciri politik yang stabil.
Praktik penyelenggaraan kepemerintahan yang baik meliputi hal-hal sebagai berikut :
a.       Partisipasi, iaitu setiap warga masyarakat harus memiliki hak suara yang sama dalam proses pengambilan keputusan, baik secara langsung maupun melalui lembaga perwakilan sesuai dengan kepentingan dan aspirasinya masing-masing
b.      Penegakan Hukum, iaitu bahawa kerangka aturan hukum dan perundang-undangan haruslah berkeadilan, ditegakan dan dipatuhi secara utuh
c.       Transparan, iaitu bahawa transparansi harus dibangun dalam kerangka kebebasan aliran informasi, informasi mudah diakses dan infirmasinya harus dapat disediakan secara memadai dan mudah dimengerti sehingga dapat digunakan sebagai alat pengawasan dan evaluasi
d.      Daya Tanggap, iaitu bahawa setiap lembaga dan prosesnya harus diserahkan pada upaya untuk melayani pihak yang berkepentingan (masyarakat)
e.       Berorientasi Konsensus, iaitu bahawa pemerintahan yang baik akan bertindak sebagai penengah bagi berbagai kepentingan yang berbeda untuk mencapai konsensus (kesepakatan)
f.       Berkeadilan, iaitu bahawa pemerintahan yang baik akan memberikan kesempatan yang sama.
g.      Efektifitas dan Efisiensi
Bahawa setiap proses kegiatan dan kelembagaan diarahkan untuk menghasilkan sesuatu yang benar-benar sesuai dengan kebutuhan
h.      Akuntabilitas, iaitu bahawa para pengambil keputusan dalam organisasi sektor publik (pemerintah), swasta dan masyarakat madani memiliki pertanggungjawaban (akuntabilitas) ke[ada publik.
i.        Bervisi strategis, iaitu bahawa para pimpinan dan masyarakat memiliki pandangan yang luas dan jangka panjang tentang penyelenggaraan pemerintahan yang baik dan pembangunan manusia

j.        saling berkaitan, iaitu bahawa keseluruhan ciri pemerintahan yang baik tersebut diatas adalah saling memperkuat dan saling terkait.
Grey Spinning Heart Within A Heart