KERJA
MINGGUAN (8/11/2016)
Dalam
dasar wawasan 2020, terdapat 9 cabaran, analisakan setakat mana keupayaan
rakyat Malaysia menghadapi 9 cabaran tersebut.
CABARAN
PERTAMA.
Membina Bangsa Malaysia yang bersatupadu
diletakkan sebagai cabaran pertama Wawasan 2020. Ini memberikan gambaran bahawa
ia adalah cabaran terpenting. Gambaran ini adalah tepat kerana pembentukan
bangsa yang bersatu dianggap syarat utama di dalam menjayakan segala cita-cita
negara yang terkandung di dalam Wawasan 2020.
Negara tidak mungkin dapat
membangun di dalam apa bidang sekalipun jika sekiranya rakyat tidak dapat
bersatu hati dan enggan bekerjasama. Kita akur dengan kata-kata seperti
“Muafakat membawa berkat”. Kita akui kebijaksanaan kata-kata pusaka “Bulat air
kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.” Kita juga sering melaungkan
“Bersatu Teguh Bercerai Runtuh”. Negara hanya dapat dibina di dalam suasana
yang aman dan damai. Ketenteraman ini hanya dapat dijamin dengan
adanya.persefahaman di antara rakyat. Kita juga telah menyaksikan beberapa
negara di dunia yang menderita akibat dilanda sengketa dan rusuhan kaum.
Oleh
itu Malaysia menjalankan berbagai usaha untuk menjauhkan rakyat dari bencana
ini. Perpaduan di antara rakyat berbilang kaum adalah asas yang kukuh untuk
pembinaan negara. Menerusi penyatuan dan perpaduan ini dapatlah kita berusaha
menangani cabaran-cabaran seterusnya bagi merealisasikan wawasan gemilang
sebagai bangsa Malaysia yang berkeyakinan, demokratik, makmur, bertolak ansur,
liberal, saintifik, progresif, penyayang, bermoral dan beretika.
Apakah langkah yang sedang dijalankan bagi
mencapai hasrat pembinaan bangsa Malaysia yang bersatupadu?
1. Dasar Ekonomi Baru (DEB) danDasar
Pembangunan Nasional (DPN).
DPN telah pada 17 Jun 1991 bagi meneruskan
hasrat yang terkandung di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan
dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan
ekonomi antara kaum sebagai langkah pengukuhan perpaduan negara.
DPN menggariskan eberapa startegi yang
diantaranya jelas mencerminkan cita-cita memakmur dan membina bangsa yang
bersatupadu. Ianya mengambil langkah-langkah agi memastikan pembangunan yang
seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk membolehkan pertumbuhan menjadi
lebih sama rata dan saling melengkapi di antara satu dengan lain, memajukan
sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta
meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan dalam
masyarakat perindustrian melalui s satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan
matlamat penyususnan semula masyarakat.
DPN juga bermatlamat untuk menghapuskan
keadaan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan
perkongsian faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan
saksama untuk semua rakyat Malaysia. Adalah menjadi cita-cita DPN bagi
memperkukuh integrasi nasional dnegan mengurangkan jurang yang luas dalam
pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar dan
dengan ini berupaya membangun sebuah masyarakat progresif di mana kesejahteraan
dinikmati oleh semua rakyat di samping memiliki sikap dan nilai kerohanian yang
positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.
Usaha-usaha yang lebih gigih dilaksanakan
untk mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah-wilayan
khususnya di antara negeri Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain. Program
pelaksanaan untuk mengatasi kemisikinan di bandar-bandar juga dipertingkatkan.
Kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik
untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan awam. Bandar dan desa di bangunkan
dengan lebih teratur pertumbuhan setinggan dikawal, peluang-peluang untuk
peniaga dan pengusaha kecil dibuka.
Penghapusan pengenalan kaum mengikut
fungsi-fungsi ekonomi dan penyusnan semula hakmilik akan terus menjadi program
penting di bawah strategi ini. Kedudukan ini boleh dicapai dengan perlaksanaan
strategi meningkatkan gunatenaga dan penyertaan Bumiputera. Matlamat
penyususnan semula gunatenaga akan memastikan corak gunatenaga di berbagai
sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi berbagai kumpulan
etnik dalam negara.
2. Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan bermatlamat untuk
melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi
keperluan tenaga rakyat yang lebih terlatih bagi pembangunan negara. Dengan
hasrta ini lahirlah Falsafah Pendidikan Negara yang memberi penek Dasar
Kebudayaan Kebangsaan. Dasar Kebudayaan Kebangsaan menjadi garis panduan dalam
membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan antarabangsa.
Prinsip-prinsip Kebudayaan Kebangsaan yang
telah dikenalpasti ialah:
1) Berteraskan kepada kebudayaan rakyat
asal rantau ini.
Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh
persamaan –persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu
–Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian
dan nilai-nilai keperibadiannya.
2) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai
dan wajar.
Unsur-unsur budaya lain seperti Cina,
India, Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar boleh diberi
pertimbangan dan penerimaan selagi tidak wujud percanggahan dengan Perlembagaan
Negara dan prinsip-prinsip Rukunegara dan kepentingan nasional, serta asas-asas
moral dan kerohanian sejagat amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara
khasnya.
3) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam
Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
Agama merupakan unsur penting dalam proses
pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperiadi
mulia. Penerimaan unsur-unsur budaya lain boleh dipertimbangkan selagi ia tidak
mencemarkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi.
Dasar Pembangunan Nasional, Dasar
Pendidikan Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan segala usaha Kerajaan ini
hanya akan berjaya jika semua warga negara mencapai taraf perpaduan yang
sebenarnya.
CABARAN
KEDUA
MEMBINA
MASYARAKAT BERJIWA BEBAS, TENTERAM DAN BERKEYAKINAN
Cabaran kedua Wawasan 2020 sepenuhnya
berbunyi : ’’Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan
keyakinan terhadap diri sendiri, b angga dengan apa yang dicapai serta gagah
menghadapi pelbagai masalah.’’ Dari cabaran kedua kita dapat menyenaraikan
sifat-sifat yang dikehendaki ada pada setiap rakyat atau bangsa Malaysia supaya
mereka dapat membina sebuah negara yang maju di dalam setiap bidang. Cabaran kedua ini jelas tertumpu kepada faktor
pembinaan insan, faktor kejiwaan dan pembinaan semangat rakyat sebagai syarat
penting di dalam pembinaan Negara maju. Secara ringkas ini dapat ditakrifkan:
1)Berjiwa bebas
Jiwa yang bebas adalah jiwa yang tidak
terkongkong dan terbelenggu dengan sesuatu fahaman hingga menolak pembaharuan
dan kemajuan. Akibat dari cengkaman penjajah kita telah menyaksikan bagaimana
rakyat begitu memandang tinggi kepada dunia Barat. Penjajah telah Berjaya
sedikit sebanyak membunuh keyakinan rakyat terhadap diri sendiri. Sikap ini
pernah disifatkan sebagai BerjiwaHamba. Pejuang-pejuang kemerdekaan juga
terpaksa berhadapan dengan sikap ini dan berusaha menghapuskannya sebelum
rakyat bersedia menyokong perjuangan menuntut kemerdekaan negara.
2)Memiliki perasaan dan fikiran yang
tenteram
Ketenteraman jiwa adalah sesuatu yang amat
berharga. Bahkan ketenteraman boleh dianggap sebagai kebahagiaan.Seseorang amat
memerlukan ketenteraman jiwa dan fikiran bagi menghadapi pelbagai cabaran di
dalam dunia moden ini. Kita sedang menyaksikan bagaimana sesetengah masyarakat
di dunia kucar-kacir akibat pembangunan fizikal tidak disembangi dengan
pembinaan jiwa dan kekuatan rohani bagai menghadapi pelbagai
cabaran.Ketenteraman jiwa juga berkait rapat dengan pembentukan akhlak dan
penyuburan iman supaya sentiasa tidak hilang pedoman hidup. Ketenteraman dan ketenangan
fikiran juga akan memungkinkan pelbagai penemuan idea dan inovasi yang
meningkatkan lagi taraf kehidupan manusia.
3)Membina bangsa yang gagah
Wawasan 2020 bertujuan melahirkan satu
bangsa yang kuat, kukuh dan tahan menghadapi segala ujian.Kegagahan juga
bererti ketahanan fizikal dan mental, serta kekuatan dari segi kerohanian dan
kejiwaan. Wawasan ini selaras dengan pandangan Islam khasnya hadis Rasulullah
s.a.w yang bermaksud ‘’Bahawa seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan
dikasihi Allah SWT daripadaseorangmukmin yang lemah.’’ Ini menjelas kan bahawa
kekuatan jasmani dan rohani, akal dan emosi perlulah diseimbangkan.
Rakyat
perlu mempunyai jiwa yang kuat dan tahan.Bagi menjamin kekuatan Negara
lebih-lebih lagi ketika dunia sedang tercabar dengan berbagai anasir yang
negatif. Selain dari bermatlamatkan pembinaan bangsa yang bersatu padu, system
pendidikan di Negara kita juga berusaha mencipta insan yang sempurna dari segi
fizikal dan mentalnya. Kita berpegang kepada hakikat bahawa otak yang baik
berada di dalam badan yang sihat. Sebahagian besar masalah yang dihadapi oleh
generasi muda masakini berpunca dari kelemahan mereka menghadapi cabaran di
sekelilingnya. Kelemahan itu membuatkan mereka mudah terpengaruh dengan
unsur-unsur negatif yang bertentangan dengan etika, akhlak, malah merosakkan
akidah dan kehidupan. Jika kekuatan sebegini tidak dibina maka masa depan
negara dan bangsa tidak akan terjamin. Terdapat hubungan yang rapat di antara
wawasan membina kekuatan dan pembinaan jiwa.
Cara untuk mengecap erti kebebasan
yang sebenarnya ialah dengan membina kekuatan di bidang ilmu pengetahuan,
ekonomi dan kejiwaan.Dengan penguasaan ilmu kita akan bebas untuk mengendalikan
teraju Negara kita sendiri dan mampu berdiri sama tinggi dengan negara-negara
maju di dunia. Sebaliknya, kelemahan akan menyebabkan kita terus bergantung
kepada negara lain. Dengan terbinanya masyarakat Malaysia yang gagah kita akan
menguasai teknologi dan tidak ketinggalan di belakang. Masyarakat Malaysia
bergerak maju dengan penuh daya saing dan dinamik.Dengan fikiran yang terbuka
rakyat Malaysia sentiasa bersedia untuk menerima perubahan dan kemajuan di
samping dapat menilai dan menyesuaikan perubahan dengan nilai hidup yang
unggul.
CABARAN
KETIGA
MEMUPUK
DAN MEMBINA MASYARAKAT
Cabaran ketiga ini memperlihatkan hasrat
Wawasan 2020 untuk memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang,
mengamalkan sistem demokrasi Malaysia yang berorientasikan masyarakat dan
berasaskan muafakat dan musyawarah. Cabaran ini merujuk kepada corak Kerajaan
dan pentadbiran kerana sebuah kerajaan yang bersih dan mantap adalah amat
penting di dalam perjalanan dan pembangunan sesebuah negara. Sebuah negara yang
tidak mempunyai kerajaan yang sah dan kukuh akan menghadapai kekacauan dan huru
hara. Kita melihat bagaimana beberapa negara di dunia menjadi kucar-kacir
akibat tidak ditadbir oleh kerajaan yang kuat dan diterima oleh rakyat.
Kerajaan adalah payung yang melindungi rakyat. Kerajaan memegang teraju dan
menentukan perjalanan negara. Kestabilan kerajaan adalah sesuatu yang amat
diperlukan di dalam usaha kita untuk menuju taraf negara maju. Oleh kerana itulah, Malaysia perlu mempunyai
kerajaan yang kuat yang dapat melindungi dan meninggikan taraf hidup rakyat.
Kita berpegang kepada sistem demokrasi kerana kita yakin bahawa ia adalah
sistem yang terbaik. Rakyat Malaysia amat mengharapkan yang kemurnian demokrasi
di negara ini akan terus terpelihara. Rakyat diberi hak untuk memilih Kerajaan
kerana kita ingin memelihara hak sebagai warga negara Malaysia yang berdaulat. Memupuk
dan membina masyarakat demokratik yang matang adalah cita-cita kita bersama.
Dengan sistem demokratik yang matang bererti rakyat memiliki kebebasan dalam
memilih kerajaan yang akan memegang teraju pemerintahan negara. Rakyat juga memiliki
kebebasan untuk melahirkan pendapat dan idea. Kematangan di sini menunjukkan
bahawa idea yang disuarakan oleh rakyat itu pula adalah idea yang matang dan
bernas. Kematangan juga bererti rakyat menyuarakan sesuatu dengan penuh rasa
tanggungjawab, dengan fikiran yang waras dan berlandaskan kepada kebenaran.
Mereka menyuarakan sesuatu hanya setelah berfikir dengan teliti dan rasional
dan sentiasa mengutamakan kepentingan golongan terbanyak.
Rakyat yang
berfikiran matang akan menggunakan hak-hak demokrasi mereka dengan cara yang
sewajarnya. Mereka sentiasa peka akan keadaan di sekeliling dan sentiasa
berusaha agar semua rakyat dilindungi. Jika ada sesuatu bantahan maka bantahan
itu disampaikan dengan cara yang bersopan dan berbudaya. Sepertimana mereka mahukan
pendapat mereka didengar dan dihormati mereka juga bersedia untuk mendengar dan
menghormati fikiran orang lain. Masyarakat dikatakan telah matang dengan adanya
sikap bertolak ansur dan bertoleransi sesama sendiri. Dengan kematangan ini
tidak akan wujud kumpulan-kumpulan pelampau yang menuntut sesuatu dengan
menggunakan kekerasan. Sifat-sifat kesederhanaan menjadi amalan masyarakat. Rakyat
yang demokratik tidak membiarkan negara diperintah dengan cara kuku besi dan
sentiasa berusaha agar setiap rakyat dilindungi. Unsur demokrasi di dalam
masyarakat Melayu terlihat di dalam pepatah yang berbunyi “Raja adil raja
disembah, raja zalim raja disanggah”.Oleh itu setiap orang tidak seharusnya
membiarkan sesuatu kezaliman berlaku tanpa mengambil sebarang tindakan. Sebarang
tindakan yang diambil untuk membetulkan pemimpin tidak boleh diambil dengan
cara yang melanggar peraturan negara. Kedaulatan undang-undang perlu
dipelihara.
Setiap rakyat harus menghormati hak-hak yang telah dipersetujui
bersama yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia kerana perlembagaan
itulah tonggak yang menegakkan negara. Mewujudkan Masyarakat Demokratik yang
matang adalah penting untuk menjamin kestabilan negara. Tun Dr. Mahathir
mengingatkan “Kalau di negara kita ini asyik berlaku kekacauan politik maka
kerajaan tidak dapat menumpukan masa untuk mempertingkatkan kemajuan. Kitalah
yang akan rugi.” Oleh itu sistem demokrasi dan kemulian demokrasi haruslah
dipelihara dengan sebaik-baiknya.
CABARAN
KEEMPAT
MEWUJUDKAN
SEBUAH MASYARAKAT YANG BERMORAL DAN BERETIKA
Cita-cita Wawasan 2020 ialah untuk membina
Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian yang maju dengan taraf ekonomi
yang mampan. Namun begitu matlamat yang ingin dicapai oleh Wawasan ini bukanlah
di bidang ekonomi semata-mata kerana kemajuan yang dicita-citakan meliputi
segenap bidang kehidupan. Tun Dr. Mahathir sering menjelaskan bahawa konsep
maju yang sebenarnya ialah maju dari segi ekonomi, maruah dan martabat sebagai
suatubangsa yang dihormati. Pencapaian kebendaan atau ekonomi semata-mata tidak
menggambarkan atau membuktikan kemajuan yang sebenarnya. Apalah ertinya
kekayaan material jika kehidupan anggota masyarakat terancam oleh berbagai
jenayah yang berlaku di sekeliling mereka. Berjuta-juta rakyat menghadapi
tekanan jiwa kerana berlaku berbagai masalah sosial seperti perpecahan
keluarga.
Fenomena yang berlaku di negara-negara maju pada masa ini seolah-olah
menunjukkan bahawa semakin maju keupayaan teknologi manusia, semakin lemah daya
tahan moralnya. Semakin maju sesebuah negara, semakin canggih pula cara
penyelewengan dan penipuan yang berlaku di dalam bidang perdagangan atau
politik. Di kota-kota besar, termasuk di Kuala Lumpur terdapat krisis moral yang
membimbangkan. Oleh yang demikian kemajuan sesuatu bangsa tidak dapat diukur
dari segi kebendaan semata-mata. Tun Dr. Mahathir menerangkan “Sebenarnya
Wawasan 2020 bertujuan mengimbangkan pembangunan material dengan pembangunan
rohaniah”. Negara kita sedang menjalankan berbagai usaha bagi mencapai Wawasan
2020. Generasi muda menjadi golongan yang terpenting kerana merekalah yang akan
mewarisi negara ini sebagai pemimpin dan sebagai penyumbang kepada kemajuannya.
Segalanya akan gagal jika mereka tidak bersedia untuk menerima dan meneruskan
tanggungjawab ini. Oleh itu adalah amat membimbangkan andainya masalah
keruntuhan akhlak di kalangan remaja, masalah ponteng sekolah, penagihan dadah
dan berbagai kejadian jenayah juvana tidak dapat dibendung dengan segera.
Segala perancangan dan cita-cita negara akan gagal jika sekiranya kita tidak
dapat mengatasi dan menghapuskan keruntuhan akhlak dan hakisan nilia-nilai
murni yang sedang berlaku di kalangan rakyat terutama golongan remaja. Tercapai
atau tidaknya cita-cita untuk membina negara maju terletak di bahu rakyat
sendiri. Cita-cita ini hanya dapat dicapai jika setiap rakyat bersedia untuk
bekerja dengan rajin,jujur berdisplin dan amanah. Segalanya akan gagal jika
rakyat tidak rajin dan berdisplin. Tanpa sifat-sifat jujur dan amanah akan
berlaku tipu menipu, yang satu cuba menjatuhkan dan merosakkan yang lain. Faktor
manusia ialah yang paling penting di dalam menjayakan Wawasan 2020. Berjaya
atau tidaknya Wawasan ini bergantung kepada kesanggupan dan kemampuan rakyat
untuk bekerja dengan jujur dan bersungguh-sungguh. Kejayaan Wawasan tidak hanya
bergantung kepada kecanggihan teknologi atau kesempurnaan sesuatu sistem yang
diamalkan. Segala teknologi atau sistem yang canggih akan gagal jika rakyat
tidak mengamalkan nilai-nilaimurni seperti kejujuran, kerajinan, berdisplin,
amanah dan sebagainya. Sumber negara yang paling penting ialah rakyatnya.
Pembangunan sumber tenaga manusia banyak bergantung kepada perubahan nilai dan
sikap dikalangan penduduknya.
Nilai-nilai yang dikongsi bersama akan membantu
pemupuk budaya dan membina bangsa. Nilai dan sikap positif harus diamalkan.
Menyedari hakikat inilah negara memberi penekanan kepada faktor pembangunan
manusia. Kita memberi penekanan kepada sistem keluarga kerana keluarga yang
sejahtera adalah asas kepada pembangunan masyarakat yang sejahtera. Anak-anak
yang terdidik di dalam suasana keluarga yang penyayang akan membesar sebagai
individu yang mempunyai nilai-nilai positif, memiliki keyakinan diri dan
mewarisi sifat-sifat yang murni. Tun Dr. Mahathir memberi penekanan kepada
kepentingan nilai-nilai murni di dalam menjayakan Wawasan. “ Kita harus sedar
akan betapa pentingnya kita mengamalkan nilai-nilai dan cara-cara yang boleh
menjayakan kita. Berjaya atau tidaknya seseorang, atau satu kaum, atau satu
bangsa bergantung kepada sifat-sifat yang ada kepada individu, kaum ataupun
bangsa itu. Jika pihak-pihak ini tidak rajin, tidak jujur, tidak mempunyai
pandangan yang jauh, tidak tertib dan tidak mempunyai etika yang mulia, mereka
tetap akan gagal.” Etika merupakan tingkah laku atau perangai yang boleh
dibandingkan dengan tabiat dan kelakuan manusia. Tabiat terbina di atas tiga
unsur iaitu ilmu, kemahiran dan keinginan. Untuk membentuk etika yang baik
mestilah seseorang itu memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan keinginan yang
tinggi. Ketiga-tiga unsur penting itu perlu diasah dan dipupuk dan seterusnya
dihayati bagi melahirkan individu yang dinamik dan dapat meningkatkan hasil
kerja yang cemerlang. Islam mengajar umatnya untuk mengutamakan kejujuran.
Setiap amal ibadat mesti didahului dengan niat dan setiap insan diberi ganjaran
pahala mengikut niatnya.
Displin juga menjadi pegangan Islam kerana jemaah yang
hendak bersembahyang diingatkan supaya membetulkan saf-saf. Kemajuan tercapai
bila anggota masyarakat terdidik dan menjalankan hidupnya dengan berperaturan
atau displin. Menghormati dan mengurus waktu dengan sempurna adalah juga ciri
penting di dalam Islam. Dengan moral dan etika yang tinggi terbentuklah
masyarakat yang berbudaya tinggi yang mengutamakan kejujuran, displin, etika
kerja, kegigihan, daya tahan, daya saing, adil, berbudi, produktiviti,
kecemerlangan, musyawarah, muafakat, demokratis, adil, berbudi, kebajikan,
penyayang, nilai kekeluargaan, bertanggungjawab dan apa saja nilai yang positif
dan dinamik. Islam juga percaya bahawa manusia dilahirkan dalam keadaan suci
dan ia suka kepada segala yang baik dan ia benci pada segala yang buruk. Dengan
masyarakat yang bermoral dan beretika bangsa Malaysia akan mempunyai identiti yang
sendiri yang dapat dicontohi oleh seluruh dunia. Negara Malaysia akan menjadi
maju dari segi ekonomi dan berkualiti dan menghayati satu set nilai universal,
yang memungkinkan kewujudan warganegara yang maju dalam bidang kerohanian dan
kejiwaan. Kita sedang menjalankan berbagai usaha untuk membina negara maju.
Sebagai negara berbilang kaum kita boleh memilih beberapa nilai-nilai bersama
yang penting seperti toleransi, berdisplin, hormat-menghormati. Sistem keluarga
adalah asas terbaik bagi pembinaan masyarakat yang bermoral dan beretika.
Di
samping itu Dasar Pendidikan Kebangsaan juga diasaskan kepada hasrat yang sama.
Falsafah Pendidikan memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang
berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan
diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara. Falsafah Pendidikan Negara mementingkan kemajuan potensi insan yang
seimbang dan harmonis. Generasi muda tidak sahaja didedahkan dengan kepentingan
ilmu pengetahuan, menguasai aspek kemahiran tetapi juga mempunyai akhlak yang
baik. Generasi penerus ini harus menerima pendidikan yang berkualiti, dan
disepadukan pembentukan akal-fikir, nilai-budi dan keterampilannya. Mereka akan
memiliki keupayaan bersaing di segenap bidang yang melibatkan pembangunan dan
kemajuan. Mereka ini diharapkan akan dapat memerangi dan mencegah
perkara-perkara yang boleh meruntuhkan kemuliaan dirinya.
Di dalam membina
masyarakat bermoral dan beretika ini kita menghadapi berbagai ancaman.
Teknologi komunikasi yang canggih menyebabkan kita menerima beberapa maklumat
dari luar negeri. Teknologi dan pelaburandari luar negara mempunyai unsur-unsur
yang negatif. Di dalam negeri pulaada beberapa golongan yang mengeksploitasikan
pembangunan ekonomi yang pesat untuk mencari kekayaan sendiri tanpa mengambil
kira apakah kesannya kepada generasi muda dan golongan yang tidak boleh
mempertahankan diri sendiri. Di samping itu ada juga ancaman dari dalam diri
setiap individu itu sendiri. Manusia sentiasa lemah untuk mempertahankan diri
dari unsur negatif sehingga Islam menganggap melawan kecenderungan kepada
keburukan itu sebagai jihad yang besar. Kisah dalam sejarah Islam ada menyebut
tentang kepulangan masyarakat Islam ke Madinah setelah menang di medan perang.
Mereka melaung-laungkan “Kami ini pulang dari al-Jihadul-Asrar (peperangan
kecil) dan kembali untuk menghadapi al-Jihadul-Akbar (peperangan besar)”.
Mengapa mereka mengatakan mereka akan menghadapi peperangan yang lebih besar
sedangkan mereka kembali ke kota yang aman? Sebenarnya peperangan besar yang
mereka maksudkan ialah satu faktor yang akan menghalang usaha ke arah kebaikan
dan faktor itu ialah hasutan yang datangnya dari jiwa kita sendiri, yang
sentiasa menghasut kita agar kita melakukan perkara-perkara yang buruk yang
counter-produktif terhadap usaha-usaha murni yang dilakukan oleh keluarga dan
kerajaan. Sumber pembinaan masyarakat bermoral dan beretika ialah agama, budaya
dan tradisi. Nilai murni boleh dibina melalui keluarga, institusi-institusi
sosial seperti sekolah dan tempat bekerja. Masyarakat harus membantu segala
usaha untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam menjayakan Wawasan 2020.
CABARAN
KELIMA
MEWUJUDKAN
MASYARAKAT YANG MATANG, LIBERAL DAN TOLERANSI
Di dalam mencapai Wawasan 2020 Malaysia
memerlukan suasana yang stabil, harmonis dan tenteram. Hanya di dalam suasana
yang tenteram rakyat dapat menumpukan perhatian kepada pekerjaan mereka dan
dapat memberikan hasil yang baik untuk kepentingan negara. Hanya di dalam
keadaan yang tenang, rakyat dapat menyumbangkan buah fikiran bagi memajukan
negara. Keadaan yang tenteram ini tidak akan wujud seandainya rakyat sering
bersengketa dan berpecah belah. Oleh itu Cabaran Wawasan 2020 yang kelima yang
perlu ditangani ialah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan toleransi.
Masyarakat yang matang bererti masyarakat yang dapat berfikir secara rasional
dan tidak emosional. Mereka berfikiran luas dan sentiasa menimbangkan dengan
saksama sama ada sesuatu tindakan itu akan membawa kebaikan kepada semua
rakyat.
Masyarakat yang matang tidak akan bertindak dengan melulu tanpa
berfikir panjang. Masyarakat Liberal bererti masyarakat yang telah bebaskan
diri dari fahaman yang sempit. Masyarakat yang liberal akan berfikiran terbuka
untuk menerima pengetahuan baru, dan sentiasa bersedia menimbang buah fikiran
yang diberikan oleh orang lain. Sikap Bertoleransi amat penting di dalam
masyarakat yang berbilang kaum seperti di Malaysia. Sikap liberal dan
bertoleransi ini diperlukan bagi keamanan negara. Tanpa sikap toleransi akan
tercetus pergeseran kaum yang membahayakan negara kerana sensitiviti isu kaum
dan agama mudah mengakibatkan keretakan, pecah-belah dan ketegangan. Masyarakat
yang matang, liberal dan bertoleransi adalah syarat yang diperlukan bagi membina
sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu seperti mana yang digariskan pada
Cabaran Pertama Wawasan 2020.
Seperti yang kita maklum, rakyat Malaysia
menganut berbilang agama. Perlembagaan Malaysia mengiktiraf Islam sebagai agama
rasmi di samping memberi kebebasan kepada penganut-penganut agama lain untuk
mengamalkan agama mereka. Hal ini tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada
perpaduan negara kerana semua agama mengajar manusia untuk berbaik-baik di
antara satu sama lain. Rakyat Malaysia boleh mengamalkan nilai-nilai murni yang
diajar oleh agama masing-masing. Perkara ini amat jelas di dalam agama Islam
Al-Quran menyebut “Dan kami telah jadikan kamu semua (manusia) berbangsa-bangsa
dan berpuak-puak untuk saling kenal mengenali, saling tahu mengetahui antara
satu sama lain dan sesungguhnya manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah
manusia yang paling bertaqwa kepadaNya”. Ini bererti umat Islam harus sedar
bahawa manusia ini terpaksa hidup dengan kenyataan bahawa terdapat banyak kaum
di sekeliling mereka. Allah s.w.t. juga telah menyeru. “Hendaklah kamu
tolong-menolong, berbaik-baik dan bekerjasama dalam perkara yang membawa kepada
kebaikan, kebajikan dan ketaqwaan kepada Tuhan. Dan jangan kamu bekerjasama,
tolong-menolong dalam perkara yang menyahut dosa dan permusuhan” Jika
masyarakat Malaysia telah matang, bersikap liberal dan bertoleransi tidak ada
masalah bagi rakyat untuk bekerjasama di antara satu sama lain. Kerjasama yang
diseru ialah dalam perkara-perkara kebaikan dan ditegah bekerjasama dalam
perkara-perkara yang membawa kerosakan. Apakah langkah-langkah yang boleh
diambil dalam usaha kita untuk mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan
bertoleransi ini? Salah satu langkah yang berkesan ialah untuk semua komuniti
berusaha memupuk nilai-nilai seperti bertolak ansur dan sebagainya di dalam
komuniti masing-masin.
Kebanyakan agama dalam dunia ini memang sentiasa memberi
penekanan bahawa perasaan muhibah adalah lebih baik dari pergaduhan. Kita boleh
mewujudkan penyatuan kaum yang kuat di Malaysia sekiranya kita dapat mengambil
satu set nilai-nilai universal untuk semua kaum. Tiap kaum boleh memainkan
peranannya dari segi mendidik komuniti masing-masing dengan mendidik anak-anak
supaya berpegang kepada satu set nilai yang baik supaya setiap individu
bersedia untuk bekerjasama tanpa mengira keturunan dan agama. Di dalam Islam
tidak ada masalah sama sekali untuk bekerjasama dengan orang yang bukan Islam.
Islam mengajar umatnya untuk mencari kesejahteraan dunia dan akhirat dan tidak
menghalang mereka bekerjasama dalam mempertingkatkan kesejahteraan bersama
Kematangan fikiran, sikap liberal dan bertoleransi ini dihargai oleh Islam yang
menyeru umatnya mempertingkatkan ilmu pengetahuan walaupun di negara yang bukan
negara Islam. Ini jelas dilihat dari hadis yang bermaksud “ Tuntutlah ilmu
walaupun ke negeri China”. Langkah ke arah toleransi kaum juga diambil melalui
Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Beberapa strategi
Dasar pendidikan Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang
bersatu padu dan berdisiplin.
Di antara strategi pelaksanaannya ialah
menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama, mengadakan
kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah,
mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin serta menggalakkan
aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin seperti pasukan-pasukan beruniform. Di
samping keluarga dan sekolah, pengaruh yang seterusnya ialah media massa. Media
massa mempunyai peranan penting di dalam menangani cabaran kelima ini. Media
massa boleh mendidik dan menyuburkan nilai-nilai murni seperti hormat
menghormati, bertolak ansur dan bertoleransi. Media massa patut mendedahkan
anak-anak kepada aspek-aspek budaya lain supaya mereka lebih memahami dan dapat
menerima cara hidup yang berlainan. Pepatah Melayu ada menyatakan, “ Tak kenal
maka tak cinta”. Seluruh rakyat Malaysia juga mestilah sentiasa mengingati dan
mengambil iktibar dari sejarah negara. Pada zaman Kesultanan Melaka
penduduk-penduduk yang berbagai kaum sudah dapat menerima satu kebudayaan yang
memang telah berakar umbi di Melaka. Misalnya, orang Cina telah berjaya
menyesuaikan diri dengan persekitaran tempatan hingga terbentuknya masyarakat
Cina Peranakan yang lebih dikenali sebagai masyarakat Baba dan Nyonya yang
telah pun menerima beberapa unsur kebudayaan tempatan. Setiap rakyat wajib
mengingati sejarah negara di dalam mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan yang
dicapai ialah hasil kerjasama di antara kaum yang telah bersetuju dengan beberapa
perkara yang menjadi asas Kemerdekaan dan Perlembagaan negara. Setiap rakyat
harus memahami bagaimana Perlembagaan mengiktiraf keistimewaan kedudukan
bumiputera dan hak kerakyatan bagi bukan Melayu, yang layak dan memilih untuk
menjadi warganegara.
Dengan persetujuan semua kaum juga agama Islam diiktiraf
sebagai agama rasmi Malaysia. Mewujudkan masyarakat matang, liberal dan
bertoleransi ini adalah amat penting kerana Malaysia tentu tidak mahu peristiwa
malang 13 Mei 1969 berulang lagi. Tanpa masyarakat yang matang, liberal dan
toleransi ini Wawasan 2020 tidak akan menjadi kenyataan malah seluruh negara
akan terjerumus ke jurang kehancuran.
CABARAN
KEENAM
MEMBINA
MASYARAKAT YANG MAJU DAN SAINTIFIK
Cabaran keenam Wawasan 2020 memperlihatkan
bahawa masyarakat yang diingini oleh Wawasan 2020 ialah masyarakat yang maju,
saintifik, dan progresif. Masyarakat yang maju bererti masyarakat yang sentiasa
bersedia menerima perubahan untuk menjadi lebih baik. Kemajuan bererti berubah
dari keadaan yang sedia ada kepada keadaan yang lebih baik. Masyarakat yang
maju sentiasa terbuka untuk menerima idea dan dapat mengubahsuai dengan situasi
yang baru demi meningkatkan taraf hidup mereka. Masyarakat yang berdaya maju
tidak akan menutup pemikiran mereka kepada unsur-unsur dari luar selagi mana
unsur-unsur itu dapat digunakan untuk kebaikan.
Masyarakat progresif tidak
kekal di dalam kekolotan tetapi sentiasa mengikuti peredaran zaman. Perkataan
saintifik pula merujuk kepada pengetahuan atau ilmu yang sistematik dan dapat
dibuktikan kebenarannya. Oleh itu maju dan saintifik bermaksud sentiasa
meningkatkan mutu kehidupan dengan cara meningkatkan pengetahuan yang
saintifik. Di dalam menuju negara maju, Tun Dr. Mahathir sentiasa menekankan
bahawa perubahan sikap rakyat ialah faktor penentu berjaya atau tidaknya impian
kita. Orang Melayu tidak mampu untuk mengasingkan diri mereka daripada
perubahan yang berlaku di sekeliling. “ Oleh sebab orang Melayu tidak mengubah
cara hidup mereka dengan cepat, mereka ditewas dan ditakluk. Hampir empat ratus
lima puluh tahun. Tetapi kemerdekaan yang diperolehi bukan terjamin
selama-lamanya. Jika kita tidak bersedia untuk mengikuti perubahan zaman, pihak
yang dahulu menjajah akan menjajah kita semua. Hanya kali ini pendekatan
penjajahan adalah berbeza. Mereka tidak lagi perlu menempatkan tentera dan
pentadbiran mereka untuk menakluk kita. Melalui ilmu dan kepintaran serta
kekayaan, mereka dapat menguasai kita”. Islam sentiasa menyeru umatnya untuk
bergerak ke hadapan. Manusia diseru supaya berikhtiar dan bersedia untuk
berubah. Terdapat ayat Quran yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah tidak mengubah
apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri
mereka sendiri” ( Surah Al Ra’ad Ayat 11).
Konsep Hijrah pula bererti berpindah
dari keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih baik. Manusia disuruh
berikhtiar dan tidak hanya menyerah kepada takdir. Berputus asa dari rahmat
Allah adalah sesuatu yang ditegah oleh Islam. Terdapat ayat Quran yang berbunyi
“Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah”. Menyerah kepada takdir
semata-mata bererti tidak berjiwa maju. Memetik pandangan Dr. Mahathir, “ Orang
Islam yang hanya menyalahkan takdir sedangkan ia boleh memperbaiki nasibnya
adalah orang yang kurang percaya kepada keadilan Allah s.w.t. Allah s.w.t.
tidak memberi akal fikiran, tenaga dan pancaindera kepada manusia jika mereka
hanya dikehendaki menunggu dan menerima nasibnya sahaja. Segala anggota, tenaga
dan akal fikiran diberi kepada makhluk Allah s.w.t. untuk digunakan bagi
menyelamat dan menjayakan diri mereka”. Manusia disuruh berdoa tetapi doa mesti
disertakan dengan usaha. “Zaman beredar dan semuanya beredar dan berubah
dengannya.
Mereka yang tidak sanggup berubah akan ketinggalan zaman. Tidak ada
bangsa atau negara yang boleh mengasingkan diri daripada perubahan yang berlaku
diseluruh dunia moden ini”. Bagaimanakah maksud negara maju yang dimaksudkan
oleh Tun Dr. Mahathir? Mengikut beliau “ Kita telah membentuk Wawasan 2020 yang
bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Negara
maju yang dimaksudkan bukan semata-mata negara industri yang pendapatan per
kapitanya adalah sekian banyak. Yang dimaksudkan dengan negara maju ialah
negara yang berupaya membangunkan diri sendiri melalui penguasaan ilmu,
kecekapan dan moral yang tinggi yang akan membolehkan kita bersaing dengan
negara maju yang lain dalam semua bidang”. ( Pusat Dagangan Dunia Putra 8 Nov.
1991). Untuk menjadi maju dan progresif sesuatu masyarakat perlulah sentiasa
mengikuti perkembangan yang berlaku di sekeliling dan sanggup belajar dari
siapa sahaja. Ada hadis yang bermaksud bahawa umat Islam diseru untuk belajar
walaupun hingga ke negeri China, dan menuntut itu adalah proses yang berterusan
seumur hidup, dari buaian hingga ke liang lahat. Ilmu pengetahuan disifatkan
sebagai kriteria kekuatan ummah. Alam ini dicipta sebegitu rupa supaya manusia
dapat menggunakan akal fikirannya secara bijaksana. Surah Al-Mukminun ayat 6
bermaksud, “Orang mukmin adalah orang yang bersegera untuk mendapatkan segala
kebaikan dan merekalah orang yang berada di hadapan dalam mendapatkan kebaikan
itu.” Wawasan 2020 bertujuan membawa negara kepada tahap kemajuan yang setaraf
dengan negara-negara maju. Ini tidak bermakna kita ingin kepada keadaan seperti
keruntuhan moral dan keangkuhan kuasa yang melanda sesetengah negara maju. Yang
kita maksudkan ialah kebolehan, pengetahuan dan kecekapan serta taraf yang sama
atau lebih baik daripada negara maju. Kemajuan yang diingini ialah kemajuan
yang lebih menyeluruh dengan mengambil iktibar dari keruntuhan aspek kerohanian
yang berlaku di negara maju. Usaha serta tenaga yang berlipat ganda perlulah
dicurahkan untuk menjamin masa depan yang lebih gemilang bagi seluruh
masyarakat Malaysia.
CABARAN
KETUJUH
MEWUJUDKAN
MASYARAKAT PENYAYANG DAN BUDAYA PENYAYANG
Tun Dr. Mahathir mentafsirkan masyarakat
penyayang dan budaya penyayang sebagai sistem sosial yang mementingkan
masyarakat lebih daripada diri sendiri dengan kebajikan insan tidak berkisar
pada negara atau orang perseorangan tetapi sekeliling sistem keluarga yang
kukuh. Dengan kata lain masyarakat
penyayang ialah masyarakat yang hidup bermuafakat dengan anggota-anggotanya
yang mesra dan bertimbang rasa. Setiap orang saling faham memahami dan
hormat-menghormati. Yang muda menghormati yang tua dan yang tua mengasihi yang
muda. Individu di dalam sebuah masyarakat penyayang tidak hanya mementingkan
dirinya sendiri sahaja. Mereka tidak akan melakukan sesuatu yang jelas akan
membawa bencana kepada orang-orang di sekeliling. Sifat-sifat inilah yang
diperlukan dalam usaha mencapai Wawasan 2020.
Matlamat Wawasan 2020 ialah
pembangunan yang seimbang. Wawasan 2020 bertujuan membawa negara kepada
kemajuan yang setaraf dengan negara-negara maju. Ini tidak bermakna kita ingin
kepada keadaan seperti keruntuhan moral dan keangkuhan kuasa yang melanda
sesetengah negara maju. Tujuan Wawasan ialah kemajuan material yang diimbangi
dengan pembangunan rohani serta pengekalan nilai-nilai murni kita. Malaysia
akan menjadi sebuah negara maju yang berperibadi. Tanpa jiwa penyayang kita
akan mengulangi kesalahan negara maju yang mengalami keruntuhan moral. Manusia
sanggup menghancurkan manusia lain dalam usaha mencari kekayaan. Walaupun
demikian segala kekayaan tidak dapat membahagiakan bila jiwa sentiasa dihimpit
keresahan dan kebimbangan. Pengwujudan masyarakat penyayang dan budaya
penyayang amat perlu diberi perhatian dalam usaha kita menuju negara maju. Pada
masa ini rakyat Malaysia kelihatan sebagai rakyat yang pemurah dan sering
memberi sambutan baik terhadap rayuan-rayuan derma dan bantuan dari masa ke
semasa, namun terdapat pula kejadian seperti membuang dan mendera anak,
mengabaikan orang tua-tua, merosakkan harta benda awam, membinasakan alam
sekitar serta kegiatan antisosial yang berleluasa. Tanpa budaya penyayang akan
berlaku lebih banyak kerosakan kepada manusia dan alam sekitar.
Asas yang
paling kukuh untuk membina budaya penyayang ini ialah institusi keluarga.
Anak-anak yang dibesarkan dan dididik dengan penuh kasih sayang di dalam keluarga
yang bahagia akan membesar sebagai individu yang berkualiti. Anak-anak ini akan
mewarisi sifat-sifat positif dan nilai-nilai murni dari ibu bapa mereka. Oleh
kerana itulah kita memberi penekanan kepada pembentukan keluarga yang bahagia.
Ibu bapa diingatkan supaya menjalankan tanggungjawab mereka untuk memelihara
keluarga dan mengasuh anak-anak untuk menjadi warga yang berguna. Di dalam
al-Quran dan hadis dapat ditemui banyak ayat-ayat yang mengingatkan manusia
akan tanggungjawab memelihara keluarga supaya terselamat dari kesengsaraan dan
api neraka. Rasulullah s.a.w juga telah bersabda “ seutama-utamanya dinar ialah
dinar yang dibelanjakan oleh seseorang kepada keluarganya”. Ini bermakna
manusia mesti memberi keutamaan kepada kebajikan keluarganya sebelum memberi
bantuan kepada orang lain. Setelah menunaikan tanggungjawab kepada keluarga,
manusia juga diingatkan bahawa kita masih mempunyai tanggungjawab terhadap
jiran dan manusia lain di sekeliling kita. Di dalam Islam terdapat hak-hak
seorang jiran dan terdapat seruan agar manusia berbaik-baik sesama sendiri.
Manusia diingatkan bahawa menjaga hubungannya dengan manusia ( Hablumminannas)
itu adalah penting seperti mana hubungannya dengan Tuhan ( Hablumminnallah ).
Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang mencegah manusia dari menyakiti sesama
manusia. Islam juga mewajibkan zakat. Melalui amalan berzakat ini orang-orang
yang berharta boleh menolong golongan yang memerlukan pertolongan. Islam
memuliakan umat yang pemurah. Amalan bersedekah akan mendapat ganjaran pahala
dan pahala ini akan berterusan walaupun setelah orang yang memberinya telah
meninggal dunia. Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud “Orang bodoh
yang dermawan itu lebih dicintai oleh Allah daripada seorang alim yang kedekut
dan penyakit (hati) yang paling teruk ialah kedekut.” Amalan masyarakat
penyayang amat lumrah di dalam kehidupan nenek moyang kita. Kehidupan mereka
penuh dengan kegiatan-kegiatan bersama. Mereka mengamalkan bergotong-royong dan
berderau untuk mencari rezeki ataupun bila mendirikan rumah mengadakan kenduri
kendera dan sebagainya. Anggota masyarakat tradisi tidak mengelak bila diajak
menyumbangkan tenaga bahkan mereka akan merasa tersinggung dan tersisih jika
tidak diajak turut serta di dalam aktiviti masyarakat. Sikap inilah yang
menjadi asas kepada pembinaan masyarakat yang bermuafakat. Tanpa perasaan
muafakat kita tidak akan dapat menangani cabaran pertama Wawasan 2020iaitu
membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Warganegara yang diidamkan oleh
Wawasan 2020 ialah warganegara yang setia dan sanggup bekerjasama. Keran itulah
kita menjalankan berbagai usaha untuk menanam perasaan berbaik sangka sesama
manusia. Warga yang penyayang tidak sekali-kali bersifat ganas, jauh sekali
dari merosakkan keharmonian hidup sendiri atau orang-orang lain di
sekelilingnya.
Golongan remaja adalah golongan terpenting di dalam konteks
Wawasan 2020 kerana golongan inilah yang akan menyaksikan Wawasan ini menjadi
kenyataan dan merekalah yang bakal menerajui negara ini pada masa hadapan.
Malangnya pada masa ini terdapat berbagai-bagai masalah sosial yang melanda
kaum remaja. Gejala-gejala sosial seperti penagihan dadah, melepak, ponteng
sekolah dan berbagai jenayah juvana adalah amat membimbangkan. Masalah ini
perlu diatasi kerana ia boleh menggagalkan cita-cita Wawasan 2020. Jika
diamati, gejala-gejala ini tidak akan berleluasa jika telah wujud budaya
penyayang di dalam masyarakat kita. Setiap orang menjalan peranan untuk
mengawasi, menasihati dan membetulkan tingkah laku anak-anak remaja yang berada
di hadapan mereka. Adalah lebih mudah untuk mencegah dan membendung sebarang
kelakuan yang buruk di peringkat awal lagi. Keluarga adalah asas pembinaan
masyarakat.
Di dalam keluarga yang bahagia, anak-anak mendapat didikan yang
sempurna. Mereka akan membesar sebagai individu yang berkualiti yang akan
memberi sumbangan kepada pembangunan bangsa dan negara. Salah satu faktor yang
sering diberikan sebagai penyebab masalah moral remaja alah kesibukan ibu bapa.
Ibu-ibu yang bekerja di luar rumah tidak dapat memberikan perhatian yang
sewajarnya kepada anak-anak. Tetapi jika kita renungkan sejenak maka kita
dapati bahawa kesibukan ibu bapa bukanlah suatu perkara yang baru di dalam
masyarakat kita. Pada masa dahulu pun ibu-ibu keluar membanting tulang di sawah-sawah
dan di ladang-ladang. Namun begitu pada masa dahulu cara hidup masyarakat
adalah berbeza dari masa sekarang. Bila ibu bapa tidak ada di rumah,
jiran-jiran mengambil alih peranan mereka sepenuhnya. Mereka mengawasi
anak-anak orang-orang lain seperti mana mereka mengawasi anak-anak mereka
sendiri. Mereka menjaga kebajikan dan menegur ajar anak-anak jiran dan
begitulah juga mereka mengharapkan jiran-jiran menegur ajar anak-anak mereka
semasa mereka tidak ada di rumah. Ibu bapa juga mengajar anak-anak mereka
supaya menghormati jiran seperti mana mereka mahu anak-anak menghormati mereka.
Dengan cara ini anak-anak tidak berani berbuat perkara-perkara yang tidak baik
kerana takut dilihat oleh jiran-jiran. Tetapi pada masa ini cara hidup yang
sebegini boleh dikatakan hampir pupus lebih-lebih lagi di bandar-bandar besar.
Ramai jiran yang tidak mengenali sesama mereka jauh sekali untuk mengambil
berat tentang aktiviti anak-anak jiran.
Tidak kurang pula yang mudah merasa
tersinggung jika ada jiran-jiran yang menegur mana-mana kelakuan anak-anak
mereka. Oleh itu anak-anak yang ditinggalkan bersendirian di rumah merasa bebas
untuk melakukan apa sahaja. Kerajaan telah menjalankan berbagai program bagi
mengukuhkan semangat kejiranan dan perpaduan di kalangan rakyat. Menerusi
program “Kampungku” juga boleh disemai kembali kebijaksanaan budaya nenek
moyang kita yang mencintai kampung halaman. Perasaan cintakan kampung halaman
inilah menjadi asas kepada kegiatan-kegiatan bergotong-royong. Lebih dari itu
perasaan inilah juga yang menyebabkan individu di dalam masyarakat tidak berani
berbuat sesuatu yang boleh mencemarkan nama baik kampung halaman. Orang-orang
tua sering berpesan supaya “ Jangan beri malu orang kampung.” Menjaga nama baik
kampung menjadi tanggungjawab semua penduduk. Pepatah ada mengatakan “ Adat
berkampung, kampung dipertahankan”. Mempertahankan kampung yang dimaksudkan di
sini bukanlah sekadar mempertahankannya dari serangan musuh tetapi
mempertahankan nama baik dengan sama-sama menjaga tingkah laku dan budi
pekerti. Ini bererti setiap individu sangat mengambil berat akan pandangan
masyarakat terhadap mereka. Ini adalah salah satu ciri-ciri “ caring society”
atau masyarakat penyayang.
CABARAN
KELAPAN
MENJAMIN
SEBUAH MASYARAKAT YANG ADIL DAN SAKSAMA EKONOMINYA
Cabaran yang kelapan ini memberikan tumpuan
kepada bidang ekonomi. Ekonomi dianggap sebagai keperluan asas sesebuah negara.
Masyarakat perlu berada pada tahap ekonomi yang memuaskan sebelum ia dapat
membangunkan aspek-aspek yang lain. Keadaan ekonomi yang baik akan dapat
membangunkan kesejahteraan dan kebajikan yang lain. Sejak merdeka negara kita
telah menjalankan berbagai program dan rancangan untuk meninggikan taraf
ekonomi rakyat. Berbagai projek telah dilaksanakan seperti Rancangan
Pembangunan Luar Bandar, berbagai rancangan penerokaan tanah hinggalah ke Dasar
Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Program-program pembangunan
ekonomi dijalankan dengan tujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyatupadukan
rakyat berbilang kaum. Menjelang tahun 2020 masyarakat Malaysia diharapkan
dapat menikmati ekonomi yang adil dan saksama.
Apakah langkah-langkah yang telah
dijalankan bagi mencapai matlamat keadilan ekonomi untuk masyarakat Malaysia?
Apakah usaha-usaha kita untuk memastikan bahawa pembangunan ekonomi boleh
dirasai bersama oleh semua rakyat dengan tidak mengira keturunan dan wilayah
mereka berada?
Peristiwa 13 Mei telah memberi pengajaran
bahawa Kerajaan tidak lagi dapat membiarkan haluan negara berkembang mengikut
arus-arusnya yang tersendiri. Justeru itu Rukunegara telah diisytiharkan pada
tahun 1971. Rukunegara menjadi pegangan dan prinsip negara. Justeru itu juga
Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada tahun 1970. Dasar Ekonomi Baru mempunyai
matlamat penting untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan merapatkan
jurang perbedaan antara rakyat serta menghapuskan identiti pekerjaan dengan
keturunan. Rancangan Malaysia Kedua, Ketiga, dan seterusnya Keempat mengamalkan
Dasar Ekonomi Baru. Dasar ini tidak bertujuan untuk mengambil hak sesuatu kaum
tetapi untuk merapatkan jurang perbedaan antara yang berada dengan yang tidak
berada,tanpa mengira keturunan masing-masing. Dasar Ekonomi Baru adalah satu
formula untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara
kita ini di antara kaum-kaum, di antara wilayah-wilayah dan di antara
kawasan-kawasan di wilayah yang sama. Matlamat utama ialah perpaduan
negara.Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan
menerusi strategi serampang dua mata:-
i. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum
ii. Penyusunan semula masyarakat untuk
mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi
ekonomi
Program pelaksanaan untuk mengatasi
kemiskinan di bandar-bandar juga dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan
relatif dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk
meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan, pengangkutan dan
kemudahan awam. Langkah-langkah juga diambil melalui perancangan dan penetapan
zon pembangunan bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan bandar-bandar
secara teratur. Ini bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan
kawasan-kawasan setinggan tetapi juga menyediakan peluang-peluang kepada
golongan yang terlibat dalam perniagaan dan industri kecil. Peningkatan taraf
sosial dan ekonomi masyarakat bumiputera boleh dicapai dengan pelaksanaan
strategi meningkatkan gunatenaga dan penyertaan bumiputera dalam pengurusan
sektor-sektor moden dan membentuk masyarakat perdagangan dan perindustrian
Bumiputera. Gunatenaga di berbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi disusun
supaya mencerminkan komposisi berbagai kumpulan etnik dalam negara.
Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip
pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial
dan memperkukuhkan negara.
CABARAN
KESEMBILAN
MEMUPUK
DAN MEMBINA MASYARAKAT MAKMUR
Cabaran kesembilan Wawasan 2020 ialah
mewujudkan masyarakat makmur, dengan ekonomi yang sesungguhnya berdaya-saing,
dinamik, tahan lasak dan mempunyai daya ketahanan . Pada tahun 2020 negara
Malaysia diharapkan akan mempunyai ekonomi yang pelbagai dan seimbang. Hasil
negara akan dilipatgandakan di dalam semua bidang. Sektor industri akan
berkembang pesat. Sektor pertanian pula bertambah moden dan produktif.
Pertumbuhan ekonomi negara disokong pula oleh sektor perkhidmatan yang cekap
dan berkesan. Untuk menjamin kemakmuran negara, Malaysia harus mempunyai
kegiatan ekonomi yang mampu untuk bertindak dengan pantas dan dapat
menyesuaikan diri mengikut perubahan penawaran, permintaan dan persaingan
antarabangsa. Untuk mencapai taraf masyarakat makmur, rakyat negara ini
mestilah mempunyai daya keusahawanan yang tinggi, mampu berfikir, mahir, tekun,
bermaklumat dan bijak bertindak. Mereka hendaklah bersedia dan berusaha untuk
mengekalkan kecemerlangan di dalam pencapaian mereka. Semua ini didokong oleh
penggunaan teknologi tinggi dan sentiasa diubahsuai untuk meningkatkan
kekesanan. Peningkatan teknologi dan pendapatan rakyat tidak pula bermakna kos
sara hidup akan turut meninggi. Kehidupan rakyat akan menjadi lebih sejahtera
dengan kadar inflasi dan kos sara hidup yang rendah.
Apakah langkah-langkah dan usaha kita untuk
mencapai matlamat Pengwujudan Masyarakat Makmur?
Sejak merdeka kerajaan telah menjalankan
berbagai-bagai projek pembangunan yang bertujuan membantu rakyat memperbaiki
taraf hidup mereka. Kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi kerana
tanpa ekonomi yang baik tidak mungkin akan tercapai kemajuan di bidang-bidang
lain seperti pendidikan, kesihatan, budaya dan sebagainya. Dari sejak Rancangan
Malaysia Pertama hinggalah ke pada masa sekarang, tumpuan diberikan kepada
rancangan membasmi kemiskinan.
Sejak peristiwa 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi
Baru (DEB) dilancarkan dengan matlamat untuk membasmi kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat bagi mencapai perpaduan negara. Sejak 1990, DEB telah
digantikan dengan Dasar Pembangunan. (DPN) yang mempunyai matlamat yang sama
dengan beberapa pendekatan yang baru.